KESIHATAN

Ubat penitis boleh sempitkan saluran darah mata

Ubat penitis boleh sempitkan saluran darah mata


UBAT penitis mata mempunyai bahan kimia yang boleh menjadi racun kepada mata dalam jangka masa panjang. – Gambar hiasan


PENGGUNAAN ubat penitis mata secara kerap boleh memberi kesan buruk terhadap daya penglihatan.

Pakar mata dari Pusat Mata John A. Moran, Universiti Kesihatan Utah, London, England, Dr. Amy Lin berkata, ubat penitis mata boleh menyebabkan pembuluh darah pada organ itu menyempit atau vasokonstriksi.

Menurutnya, hampir semua ubat penitis mata di pasaran mengandungi bahan pengawet yang boleh menjadi racun terhadap permukaan mata sekiranya digunakan secara berulang kali.

“Jangan fikir bahawa ubat penitis mata merupakan cara tepat untuk mengatasi mata yang letih, kering atau kemerah-merahan.

“Saya tidak menyarankan pemakaian produk ini secara kerap kerana boleh mengakibatkan penyempitan pembuluh darah dalam jangka masa panjang,” katanya.

Menurut Amy, cara terbaik untuk menjaga mata supaya sentiasa segar ialah mendapatkan tidur mencukupi, mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dan melindungi mata daripada pancaran sinar ultraungu serta udara kering daripada pendingin hawa.

Process time in ms: 16