INFINITI

OCRA bantu fahami reaksi kimia organik

OCRA bantu fahami reaksi kimia organik


Othman menunjukkan inovasi OCRA ciptaannya dan model atom yang biasanya digunakan tenaga pengajar.


KIMIA organik merupakan mata pelajaran wajib dalam program akademik berasaskan sains di universiti seperti kejuruteraan kimia, perhutanan, teknologi makanan, perubatan dan farmasi.

Namun, ia tidak boleh hanya difahami dengan menggunakan bahan bercetak. Justeru, tenaga pengajar turut menggunakan model fizikal dan lukisan tiga dimensi bagi membantu pelajar memahami seterusnya menguasai subjek tersebut dengan mendalam.

Lantaran itu, Pensyarah Kanan dari Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Dr. Othman Talib mengambil inisiatif mencipta Aplikasi Reaksi Kimia Organik (OCRA) yang lebih efektif dan praktikal kepada pelajar.

“Aplikasi ini menyediakan konsep pembelajaran mudah dengan pelajar boleh melakukan simulasi langkah demi langkah menggunakan mekanisme logik yang diperlukan bagi memahami tindak balas yang terhasil.

“Menggunakan skrin sesentuh, pengguna juga boleh membentuk dan memecahkan ikatan kimia antara atom-atom yang terlibat. Terdapat lima atom asas iaitu fluorin (F), klorin (Cl), bromin (Br), iodin dan astatin (At).

“Dalam hal ini, pengguna hanya perlu klik pada atom-atom berkenaan untuk membina molekul sama dalam membentuk ikatan tunggal, berkembar atau bertiga-tiga,” ujarnya kepada Kosmo! di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Beliau berkata, inovasi itu masih berada pada peringkat prototaip dan belum berada di pasaran. Ia turut sesuai digunakan pelajar peringkat A-Level dan prauniversiti.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 47