SUKAN

Kante pasang impian besar

Kante pasang impian besar


KANTE mengharungi saingan musim ini dengan cemerlang apabila membantu Chelsea menjulang trofi EPL serta turut dinobatkan sebagai pemain terbaik Perancis.


LONDON – Selepas memastikan kejuaraan Liga Perdana England (EPL) musim ini, pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante berharap mereka mampu membolot semua kejuaraan pada saingan 2017/18.

Pemain berusia 26 tahun itu mengharungi saingan yang cukup cemerlang musim ini apabila membantu The Blues menjulang trofi EPL serta turut dinobatkan sebagai pemain terbaik Perancis dan pemain terbaik Persatuan Pemain Profesional (PFA).

Bagaimanapun, Kante terus dahagakan kejayaan bersama skuad kendalian Antonio Conte itu apabila menyasarkan takhta Liga Juara-Juara musim depan.

“Kami akan berdepan cabaran baharu pada musim depan kerana perlu mempertahankan kejua­raan EPL serta cuba memenangi Piala FA, Piala EFL serta Liga Juara-Juara.

“Apabila bermain untuk pasukan seperti Chelsea, sudah tentu kami mahu memenangi semua kejohanan. Kami tahu ia sangat sukar, namun kami akan cuba lakukannya kerana ­itulah cabaran sebenar Chelsea,” ujar Kante.

Mengulas mengenai naluri juara yang dibawa Conte ke dalam pasukan tersebut, bekas pemain Leicester City itu menegaskan, pengurus dari Itali tersebut merupakan seorang individu yang tidak cepat berpuas hati dan hanya mahukan aksi sempurna dari semua pemain.

“Beliau (Conte) sentiasa menjelaskan kepada pasukan mengenai apa yang dimahukan. Sejak saya menyertai Chelsea, beliau telah menanamkan menta­liti juara dalam diri setiap pemain,” katanya. – Agensi

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31