SUKAN

Malaysia tekad ulangi kejutan

Malaysia tekad ulangi kejutan


PARA pemain negara tidak gentar dengan ancaman Sri Lanka pada aksi terakhir kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 di Ipoh, hari ini.


SKUAD negara tidak ‘goyang’ dengan ranking Sri Lanka di kedudukan ke-39 berbanding Malaysia di No. 55 menjelang aksi terakhir kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen 1 di Padang Ipoh, Perak, hari ini.

Malah, skuad bimbingan Lee Yuk Fah itu optimis mengecewakan pasukan pelawat untuk muncul juara, sekali gus beraksi di Liga Premier 2018 pada musim depan.

Pada edisi lalu, Malaysia memberi pengajaran berguna kepada Sri Lanka apabila menewaskan pasukan tersebut 42-17.

Menurut Yuk Fah, Malaysia tiada pilihan selain perlu berusaha meraih kemena­ngan seandainya tidak mahu menamatkan kempen kali ini di tempat kedua.

“Meskipun kedudukan ranking Sri Lanka lebih tinggi, namun sejarah lalu sudah membuktikan bahawa Malaysia pernah menewaskan mereka. Rentetan kejayaan lalu mampu menjadi pembakar semangat kepada pasukan negara untuk mempertahankan gelaran Divisyen 1 musim ini.

“Saya yakin perlawanan pada kali ini lebih sukar. Mereka merupakan salah satu pasukan terbaik di Asia, tidak boleh dinafikan. Saya menjangkakan pertemuan kali ini tidak boleh diambil mudah, walaupun kami sudah mencatat kemenangan sebelum ini.

“Sekiranya para pemain mampu menerapkan disiplin yang tinggi dan beraksi sebagai satu pasukan kejayaan pasti menjadi milik Malaysia. Saya harap para pemain tidak melakukan kesilapan mudah sehingga pasukan lawan mengambil peluang untuk mengutip mata,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31