SUKAN

Ikat Liridon jika mahu menang

Ikat Liridon jika mahu menang

LIRIDON (kanan) wajar diberi perhatian oleh Pahang pada aksi final Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam malam ini.


KALAU mahu selamat, barisan pemain Pahang harus ikat pergerakan pemain tengah Kedah, Liridon Krasnigi.

Jika gagal melakukannya, padah bakal mengundang.

Itu peringatan daripada bekas pemain Pahang, Azaruddin Aziz (gambar kecil) kepada para pemain skuad Tok Gajah yang akan turun menentang Kedah pada final Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor malam ini.

Menurut Azaruddin, pemain tengah Kedah itu cukup berpengaruh dalam merencanakan rentak permainan skuad Helang Merah itu dan dia kerap dilihat melakukan ‘hantaran maut’ di depan pintu gol pasukan lawan.

“Saya lihat Liridon merupakan penggerak utama pasukan Kedah. Dia juga seorang ‘play maker’ terbaik dalam saingan Liga Malaysia buat masa ini.

“Kalau Pahang boleh mengunci pergerakan Liridon, saya percaya peluang untuk Pahang menang tidak mustahil,” kata Azaruddin yang pernah beraksi bersama skuad Tok Gajah pada perlawanan final Piala FA 1995.

Bagaimanapun, Pahang juga memiliki kekuatan seimbang menerusi kelibat penyerang dari Brazil, Matheu Alves Leandro yang bijak memanfaatkan peluang menjaringkan gol.

“Selain itu, penyerang import baharu dari Argentina, Yamil Romero juga diharap dapat memperkuatkan jentera serangan Tok Gajah.

“Saya harap Romero akan tersenarai dalam kesebelasan utama dan menjadi senjata buat Pahang pada perlawanan akhir itu nanti kerana corak permainannya masih belum diketahui oleh Kedah,” katanya.

Ditanya mengenai peluang Pahang meraih kejuaraan pada perlawanan akhir malam ini, Azaruddin menyifatkan kedua-dua pasukan memiliki kekuatan seimbang.

“Sukar untuk menyatakan pasukan mana yang akan menang. Pasukan yang lebih banyak melakukan kesilapan pasti akan dihukum dengan kekalahan,” katanya.

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. – Gambar hiasan

Process time in ms: 47