NEGARA

Tiga beranak maut MPV terbalik

Tiga beranak maut MPV terbalik


Beginilah keadaan MPV Toyota Avanza yang terbalik hingga mengorbankan tiga beranak dalam kemalangan di Temerloh kelmarin.


TEMERLOH – Tiga beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang mereka naiki terbalik sebelum terhumban ke dalam longkang di Kilometer 55 Jalan Lanchang-Kuantan dekat Lanchang, Temerloh kelmarin.

Kejadian pada pukul 7.30 malam itu mengorbankan suri rumah, Norrahimah Mustafa, 29; anaknya, Mohd. Yusof Afif, 3; dan ibu mertuanya, Permai Jaafar, 55.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmod berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila salah satu tayar MPV yang dipandu suami Norrahimah, Norma­ni­syam Mohd. Norrdin, 36, meletup sebelum merempuh papan tanda.

Katanya, kenderaan itu kemudian terbalik beberapa kali sebelum terhumban ke dalam longkang.

“Kemalangan itu mengakibatkan tiga beranak itu tercampak keluar daripada kenderaan dan me­ninggal dunia di tempat kejadian. Normanisyam pula cedera dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

“Selain Normanisyam, dua anak mereka, Noraliya Ashikin, 6 dan Mohd, Yusof Haras, 1, turut cedera dan dimasukkan ke hospital sama,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. – Gambar hiasan

Process time in ms: 31