NEGARA

CEO ZPP bebas reman

CEO ZPP bebas reman


AZMAN (depan), bersama empat pegawai ZPP dibebaskan dengan jaminan SPRM di Mahkamah Majistret George Town semalam selepas direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dan rasuah.


GEORGE TOWN – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Dr. Azman Abdul Samat dan Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti ZPP, Mohd. Wardi Ramli dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri selepas tempoh reman terhadap mereka selama 11 hari mulai 9 Mei lalu tamat semalam.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Muna Maria Azmi di Mahkamah Majistret George Town di sini pada pukul 11.30 pagi.

Azman, 50, dan Mohd. Wardi, 35, masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM20,000 de­ngan seorang penjamin selepas direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dan rasuah wang dana ZPP.

Selain mereka, tiga lagi pe­gawai ZPP berusia 33, 45 dan 49 tahun yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu sejak 16 Mei lalu turut dibebaskan de­ngan jaminan bernilai RM10,000 setiap seorang serta penjamin.

Sebelum itu, kesemua individu terbabit tiba di pekarangan mahkamah berkenaan dalam keadaan kedua-dua tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga kira-kira pukul 11 pagi.

Azman dan Mohd. Wardi diiringi pegawai SPRM dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Prado berwarna biru manakala tiga lagi pegawai ZPP dibawa menaiki Proton Exora hitam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 31