DUNIA

Turki berang AS sokong pemberontak

Turki berang AS sokong pemberontak




ISTANBUL – Kerajaan Turki digesa me­nyingkirkan diplomat Amerika Syarikat (AS), Brett McGurk (gambar) selepas beliau didakwa menyokong militan Kurdish.

Washington dan Ankara bertelingkah mengenai sokongan AS ke atas Unit Perlindungan Rakyat Kur­dish (YPG) di Syria kerana Turki menganggap kumpulan pemberontak itu dalang kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

“McGurk sememangnya memberi sokongan kepada PKK dan YPG. Jadi, kita perlu menggantikan individu ini,” kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu.

Pada tahun lalu, McGurk telah melawat anggota YPG yang mengawal bandar Ko­bane di Syria dan beliau menerima anugerah kehormatan semasa lawatan itu sekali gus menimbulkan kemarahan Turki.

Presiden Recep Tayyip Erdogan pada masa itu memberi kata dua kepada Wa­shington sama ada memilih Ankara atau pengganas.

Erdogan menemui Presiden AS, Donald Trump di White House pada Selasa lalu apabila kedua-dua pemimpin itu berjanji untuk memperbaiki hubungan antara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Persetujuan itu dicapai walaupun Erdogan memberi amaran keras kepada Washington kerana membekalkan senjata kepada militan Kurdish di Syria.

“Ia sememangnya tidak boleh diterima untuk menjadikan YPG sebagai rakan kongsi di rantau ini sebaliknya bertentangan dengan perjanjian global yang kami meterai,” kata Erdogan di Washington.

Bagaimanapun, AS melihat YPG sebagai pasukan paling kuat untuk menentang kumpulan Daesh. – AFP

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. – Gambar hiasan

Process time in ms: 32