AURA JUITA

Gemilang Simfoni Ariani Lebaran 2017

Gemilang Simfoni Ariani Lebaran 2017


Koleksi lebaran Ariani sesuai digayakan pada Aidilfitri.


Jenama Ariani cukup sinonim dengan sambutan Aidilfiti dan tahun ini mereka sekali lagi menganjurkan Simfoni Ariani Lebaran 2017 yang bermatlamat memperkenalkan koleksi tudung dan busana terbaharu rekaannya.

Majlis yang diadakan secara gilang-gemilang tersebut telah diadakan di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin lalu itu dihadiri kira-kira 650 orang tetamu.

Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Farah Haryani Muhammad Philip berkata, Simfoni Ariani Lebaran 2017 adalah cetusan kelainan terhadap persembahan fesyen serta sebagai simbolik dalam meraikan sambutan satu dekad ulang tahun Ariani di pasaran tempatan.

Katanya, bermula daripada rekaan selendang hinggalah ke pilihan tudung instant, koleksi Ariani Lebaran 2017 merangkumi pilihan hijab polos dengan warna pastel yang menarik.

“Selain itu, ia juga terdapat dalam pilihan corak printed yang segar dan cantik. Semua koleksi tersebut dijual pada harga mampu milik serendah RM69.

“Formulasi tudung instant untuk gaya wanita ketika musim perayaan tersebut tercetus setelah mendapat permintaan dan mengambil kira kehendak pelanggan.

“Mereka inginkan hijab instant yang mudah untuk digayakan, namun memiliki sentuhan eksklusif berupa permata Swarovski dan perincian kain renda berkualiti tinggi,” katanya pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Farah Haryani berkata, buat julung-julung kalinya, Ariani menghasilkan koleksi istimewa Scarf Hero Seorang Cinderella by Ariani yang menampilkan helaian tudung instant dan selendang edisi terhad bagi meraikan drama Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang yang bakal disiarkan pada Ramadan depan.


Gaya unik si pemakai berjaya ditonjolkan menerusi pemakaian turban tersebut.


Jelasnya, sebanyak lima koleksi istimewa yang terdiri daripada koleksi polos dan printed seperti Selendang Cinderella, Tudung Instant Cinderella, Selendang Nura, Selendang Medina dan juga Selendang Miss D telah dihasilkan.

Beliau turut berkata, himpunan koleksi Ariani Lebaran menampilkan 30 koleksi tudung terbaharu daripada 100 koleksi khas yang dihasilkan sempena lebaran tahun ini.

“Antara koleksi tersebut ialah Instant Layla, Selendang Nour, Instant Layla, Selendang Rawda, Instant Aveera, Selendang Dalia dan Selendang Laser Cut Alectra.

“Semua koleksi berkenaan dijual bermula 16 Mei serentak dengan promosi Ramadan di semua cawangan Galeri Ariani di seluruh negara,” katanya.

Pertunjukan fesyen tersebut juga menampilkan persembahan fesyen hijab Ariani LUXE yang merupakan rangkaian koleksi hijab premium rekaan pereka berkemahiran dan berpengalaman dalam mereka bentuk polar dengan perincian kain renda dan Swarovski eksklusif.

Sebanyak 30 koleksi Ariani LUXE telah dipersembahkan meliputi koleksi basic, selendang, swiss voile, turban dan inner.

Melengkapi pertunjukan fesyen tersebut pula ialah pengenalan 40 daripada 60 koleksi istimewa Glam Lebaran by Ariani Ready-To-Wear (RTW) di bawah jenama Ariani RTW.

“Glam Lebaran by Ariani RTW merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kebaya moden dan jubah yang dijual bermula harga RM179. Semua rekaan tersebut mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant.

“Atas permintaan pengguna, kami turut menghasilkan koleksi plus size,” katanya Farah Haryani.

Process time in ms: 47