TERKINI

Najib sertai pemimpin Islam pada sidang kemuncak dengan Trump

Najib sertai pemimpin Islam pada sidang kemuncak dengan Trump

19/05/2017 11:30pm




RIYADH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyertai pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam pada satu sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di ibu negara Arab Saudi ini pada Ahad.

Najib adalah antara pemimpin termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Trump yang dijadualkan berucap pada sidang kemuncak bersejarah itu, yang menyenaraikan keselamatan dan memerangi keganasan sebagai agendanya.

Lebih 50 pemimpin Arab dan Islam akan menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat itu di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz, yang dinamakan sempena raja pertama Arab Saudi

Najib, yang dijadual tiba di sini pada Sabtu, akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Antara pemimpin yang dijemput menyertai sidang kemuncak itu adalah Raja Abdullah II dari Jordan, Raja Mohammed VI dari Maghribi, Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi, Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Indonesia, Joko Widodo. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 62