TERKINI

SKKM garis empat langkah keselamatan bagi elak virus 'WannaCry'

SKKM garis empat langkah keselamatan bagi elak virus 'WannaCry'

19/05/2017 9:57pm




KUALA BERANG - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) mengariskan empat langkah keselamatan bagi pengguna mengelak menjadi mangsa virus siber Ransomware ''WannaCry''.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, pengguna individu terutamanya harus selalu menyemak dan mengemas kini peranti mereka dengan sistem terkini dan memasang perisian antivirus atau pengesan malware.

"Saya yakin kebiasannya agensi dan syarikat telah mempunyai sistem penapisan keselamatan siber tetapi bagi pengguna individu ia kurang ditititkberatkan tidak kira pada komputer atau telefon pintar. Apabila adanya antivirus ia secara langsung bertindak sebagai penapis daripada ancaman serangan siber.

"Selain itu, data-data yang kita anggap penting haruslah kita simpan dalam perkakasan lain seperti dalam cakera keras luaran, pemacu pena ataupun sistem fail awangan (cloud system) supaya apabila serangan virus tersebut berlaku, kita ada ‘secondary backup’ dan langkah terakhir pula jangan kita sewenang-wenangnya membuka dan ‘likes' pautan-pautan tidak kita ketahui asal-usulnya kerana ia akan menimbulkan masalah di kemudian hari," katanya

Beliau ditemui pemberita pada Program Santai Mesra Datuk Jailani Johari Bersama Warga Pendidik Hulu Terengganu di sini, hari ini. – Bernama

Process time in ms: 32