TERKINI

10 barangan disenarai dalam Skim Kawalan Harga Ramadan

10 barangan disenarai dalam Skim Kawalan Harga Ramadan

19/05/2017 10:22pm




SEPANG - Sebanyak 10 barangan disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 selama 10 hari bermula 22 hingga 31 Mei ini di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, barang-barang berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.

"Skim ini pertama kali dilaksanakan berikutan cadangan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan tertentu menjelang bulan Ramadan," katanya.

Katanya, skim ini akan berkuatkuasa lima hari sebelum Ramadan dan lima hari semasa Ramadan. Ramadan dijangka bermula 27 Mei ini.

"Skim ini bertujuan menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut dalam kalangan peniaga menjelang Ramadan dan semasa Ramadan," katanya dalam sidang media pengumuman Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 di sini, hari ini. - Bernama

Process time in ms: 31