TERKINI

Lelaki meninggal dunia akibat kencing tikus

Lelaki meninggal dunia akibat kencing tikus

19/05/2017 2:46pm


Gambar hiasan


JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini malam tadi akibat kencing tikus (leptospirosis) dan kegagalan organ berfungsi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata remaja berumur 18 tahun dan merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu meninggal dunia kira-kira 12 tengah malam.

"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor bahawa lelaki berasal dari Pekan Nenas, Pontian itu disahkan meninggal dunia setelah tiga hari berada di Unit Rawatan Rapi, HSA.

"Dikatakan bahawa dia ada mengunjungi Air Terjun Gunung Pulai pada April lepas dan pada awalnya, dia mengalami sakit perut, selesema, demam selama tiga hari serta lemah anggota badan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ayub berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor kini dalam proses penyiasatan dan mengenal pasti pergerakan lelaki itu sebelum dia dimasukkan ke hospital.

Beliau sehubungan itu, menasihati semua pengunjung mana-mana air terjun atau pusat rekreasi sekitar April dan bulan ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital dan klinik kesihatan dengan kadar segera. - Bernama

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. Gambar hiasan

Process time in ms: 47