TERKINI

Tarikh pengundian PRK DUN Pujut ditetapkan pada 4 Julai

Tarikh pengundian PRK DUN Pujut ditetapkan pada 4 Julai

19/05/2017 12:58pm




PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.74 Pujut ialah pada 20 Jun dan hari pengundian pada 4 Julai.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya telah menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN Pujut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr. Ting Tiong Choon pada 16 Mei lalu.

“Sehubungan itu, SPR telah mengadakan mesyuarat khas hari ini dan menetapkan PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang dipastikan SPR iaitu mulai 12 Mei 2017,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut menetapkan tarikh tutup permohonan kertas undi pos untuk pengundi dalam negara ialah pada 20 Jun dan bagi pengundi luar negara pada 22 Jun.

Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak telah meluluskan usul melucutkan kelayakan Tiong Choon sebagai wakil rakyat dari DAP kerana mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 31