TERKINI

Dua pegawai kanan Zakat P. Pinang, tiga pegawai dibebas SPRM

Dua pegawai kanan Zakat P. Pinang, tiga pegawai dibebas SPRM

19/05/2017 12:23pm


Salah seorang pegawai kanan ZPP ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret George Town pagi tadi.


GEORGE TOWN - Dua pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan tiga lagi pegawai organisasi itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dibebaskan dengan jaminan selepas tempoh reman ke atas mereka tamat hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Muna Maria Azmi kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Perintah tahanan reman ke atas mereka bermula 9 Mei lalu dan dua pegawai kanan itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin manakala tiga pegawainya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000.

Penahanan ke atas mereka ini dilakukan bagi membantu siasatan kes penyelewengan dan rasuah wang dana ZPP sejak tiga tahun lalu.

Terdahulu, mereka tiba di pekarangan Mahkamah Majistret George Town di sini pada pukul 11 pagi dalam keadaan kedua-dua tangan bergari. - K! ONLINE

Process time in ms: 31