TERKINI

Pemandu van individu ke-11 direman bantu siasatan kes lindungi pusat urut, judi di Melaka

Pemandu van individu ke-11 direman bantu siasatan kes lindungi pusat urut, judi di Melaka

19/05/2017 11:22am


Pemandu van berusia 32 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kes lindungi pusat urut, judi di Melaka.


PUTRAJAYA - Seorang pemandu van ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga 24 Mei bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan kutipan wang bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Majistret Nadia Othman, membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 dijalankan.

Lelaki bersuia 32 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9 pagi dengan menaiki kereta SPRM dan kelihatan memakai baju lokap berwarna jingga dan tangan bergari.

Dia yang datang untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM semalam telah ditahan sejurus selesai memberi keterangan.

Menurut sumber, lelaki tersebut menjadi orang tengah dan akaun bank yang dimilikinya digunakan untuk menyimpan wang yang dikutip daripada pengusaha pusat judi dan rumah urut. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 31