TERKINI

Suspek kes rogol di Puchong, Selangor maut terjatuh bangunan

Suspek kes rogol di Puchong, Selangor maut terjatuh bangunan

19/05/2017 10:58am


PPR Seri Semarak - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan rogol di sebuah premis di Bandar Kinrara Puchong pada 11 Mei lalu maut selepas terjatuh dari tingkat 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 22 tahun itu cuba melarikan diri selepas polis melakukan serbuan di rumahnya kira-kira pukul 10.10 malam. "Anggota polis bertindak memecahkan pintu selepas suspek enggan membuka pintu. Suspek kemudiannya cuba melarikan diri ke unit bawah dengan bergayut di jeriji' dapur.

"Selepas dipujuk, suspek masih enggan menyerah diri sebelum terjatuh ke bawah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia. - Bernama


Anggota polis memeriksa mayat suspek sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.


Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. Gambar hiasan

Process time in ms: 31