NEGARA

22 jam bertarung nyawa di lautan

22 jam bertarung nyawa di lautan


ISMAIL (dua dari kiri) dibawa turun dari bot Maritim Malaysia sebaik tiba di Jeti Teluk Bahang semalam selepas berjaya ditemui terapung berhampiran perairan Pulau Bidan.


TELUK BAHANG – Seorang nelayan terpaksa bertarung nyawa dengan dilambung ombak selama 22 jam sebelum dia ditemui terapung di lautan ekoran bot yang dinaiki bersama dua rakannya karam di perairan empat batu nautika berhampiran Pulau Bidan di sini kelmarin.

Mangsa, Ismail Omar, 52, yang memakai jaket keselamatan dijumpai sekumpulan nelayan dalam keadaan tidak bermaya dan kesejukan tidak jauh dari lokasi dia terjatuh kira-kira pukul 1.20 petang.

Dua rakannya iaitu Mohamad Tuah Abd. Rahman, 42, dan Mazali Hamzah, 46, terlebih dahulu diselamatkan nelayan pada pukul 10.15 malam kelmarin selepas tujuh jam bot mereka tenggelam di perairan ber­kenaan.

Pengarah Maritim Daerah, Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Rozali Mohd. Said berkata, Ismail telah dibawa ke Jeti Teluk Bahang di sini sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 32