NEGARA

Bapa maut di tangan anak

Bapa maut di tangan anak


INILAH lokasi seorang bapa maut ditikam oleh anaknya dalam kejadian di Tawau semalam.


TAWAU – Seorang anak sanggup membunuh bapa kandungnya gara-gara mengesyaki lelaki tersebut menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya dalam kejadian di Kampung Sungai Gading 1 Wakuba, Batu 15 di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.10 pagi itu, mangsa, Ali Nordin, 56, maut di lokasi kejadian akibat ditetak dengan sebilah parang pada kepala dan ditikam menggunakan pisau pada leher oleh suspek di rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, suspek yang berusia 27 tahun bukan sahaja membunuh bapanya, malah cuba menikam dirinya sendiri.

“Sebelum kejadian, mangsa dipercayai bertikam lidah dengan suspek akibat perselisihan faham berkaitan masalah keluarga. Suspek yang berang telah bertindak menikam mangsa dengan pisau dan menetak kepala mangsa menggunakan parang.

“Susulan perbuatan itu, suspek nekad membunuh diri dengan menikam perut sendiri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31