DUNIA

Pegawai peribadi Erdogan belasah penunjuk perasaan di Washington

Pegawai peribadi Erdogan belasah penunjuk perasaan di Washington

WASHINGTON – Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) kelmarin berang dengan kejadian ‘serangan kejam’ terhadap penunjuk perasaan oleh pasukan pengawal peribadi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Washington.

Pemimpin Turki itu pada Selasa lalu mengadakan rundingan dengan Presiden AS, Donald Trump di White House, namun kunjungannya dicemari kekecohan.

Sekumpulan kecil penunjuk perasaan pro-Kurdis yang berkumpul di kawasan kedutaan di ibu kota AS itu dikasari seperti yang terjadi di tanah air Erdogan apabila pasukan keselamatan bertindak menyuraikan bantahan.

Sejurus sebelum Erdogan dijangka tiba di kediaman duta Turki, anggota keselamatannya melepasi sekatan polis AS dan menyerang kumpulan penunjuk perasaan.

Rakaman jarak dekat yang dikongsikan di media sosial menunjukkan pegawai-pegawai peribadi Turki berpakaian sut memukul dan menumbuk orang di khalayak ramai. Mereka juga dilihat menendang seorang wanita yang rebah.

Saksi di tempat kejadian memberitahu agensi berita AFP selepas kejadian itu bahawa pegawai-pegawai peribadi Erdogan mencetuskan provokasi tersebut.

Polis Washington pada awalnya terkejut, namun segera meningkatkan kawalan. Polis kemudian menyuraikan pergaduhan itu dengan dua individu ditahan.

Sebanyak 11 orang termasuk seorang pegawai AS cedera dalam kejadian itu. – AFP

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 31