DUNIA

Venezuela kerah 2,000 askar

Venezuela kerah 2,000 askar


AFP - PEMANDANGAN di dalam sebuah pasar raya yang menjadi sasaran rusuhan dan kecurian di bandar Capacho, negeri Tachira di Venezuela kelmarin.


CARACAS, Venezuela – Seramai 2,000 anggota tentera dikerah ke sebuah negeri di sempadan Venezuela yang menjadi kubu gerakan antikerajaan kelmarin susulan rusuhan dan kecurian berleluasa yang meragut nyawa seorang remaja lelaki berumur 15 tahun.

Hampir semua kedai dan perniagaan di San Cristobal, ibu negeri Tachira dekat sempadan Colombia ditutup dan dikawal oleh pasukan tentera kelmarin, namun, kes kecurian terus berlaku di kawasan miskin di bandar itu.

Orang ramai melarikan pelbagai barangan termasuk kopi, lampin dan minyak masak. Venezuela kini berdepan krisis ekonomi kronik yang mengakibatkan barang makanan asas dan ubat berkurangan dengan mendadak.

Penduduk tempatan membina sekatan daripada timbunan sampah sarap, tayar kenderaan dan pasir, manakala rutin harian di bandar itu juga terjejas.

San Cristobal merupakan pusat kebangkitan rakyat dalam menentang Presiden Nicolas Maduro dalam tahun 2014.

Beratus-ratus ribu orang keluar ke jalan-jalan di seluruh Venezuela sejak April lalu untuk menuntut pilihan raya, pembebasan aktivis yang dipenjarakan, bantuan asing dan kuasa autonomi.

Pentadbiran Maduro menuduh mereka cuba melakukan rampasan kuasa secara ganas dan melabel penunjuk perasaan sebagai pengganas.

Di San Cristobal, remaja lelaki berkenaan, Jose Francisco Guerrero ditembak mati semasa kejadian kecurian yang berleluasa di bandar itu, kata saudara-maranya.

“Ibu saya menghantar Jose membeli tepung untuk makan malam dan tidak lama selepas itu, kami menerima

panggilan menyatakan dia cedera terkena tembakan,” saudara perempuan mangsa, Maria Contreras.

Pejabat pendakwa raya negeri mengesahkan kematian remaja berkenaan, menjadikan angka kematian terbaharu akibat rusuhan di Venezuela meningkat kepada sekurang-kurangnya 43 orang, me­nyamai korban huru-hara pada tahun 2014.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat memberi amaran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin bahawa krisis Venezuela semakin buruk dan boleh mencetuskan konflik seperti di Syria dan Sudan Selatan. – Reuters

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. – Gambar hiasan

Process time in ms: 46