DUNIA

EU denda Facebook RM529 juta

EU denda Facebook RM529 juta

REUTERS - Gambar fail menunjukkan seorang pengguna memegang telefon pintar yang mempunyai logo Facebook pada latar belakang skrin peranti tersebut serta logo WhatsApp.


BRUSSELS, Belgium – Suruhanjaya Eropah (EC) mendenda Facebook €110 juta (RM529 juta) semalam kerana memberikan maklumat mengelirukan semasa siasatan EC mengenai pembelian aplikasi mesej, WhatsApp oleh laman jaringan sosial berkenaan pada tahun 2014.

Suruhanjaya itu berkata, Facebook menafikan bahawa akaun Facebook dan WhatsApp milik pengguna akan bersambung secara automatik walaupun syarikat itu sedar perkara tersebut boleh berlaku.

EC memberitahu, denda itu dikenakan kerana Facebook memberikan maklumat tidak tepat dan mengelirukan tetapi hukuman itu tidak memberikan sebarang kesan terhadap pengambilalihan WhatsApp.

“Keputusan hari ini (semalam) memberi isyarat jelas kepada syarikat-syarikat bahawa mereka perlu mematuhi semua peraturan penggabu­ngan yang ditetapkan Kesatuan Eropah(EU) termasuk keperluan untuk membekalkan maklumat yang tepat,” kata Pesuruhjaya Dasar Persaingan EU, Margrethe Vestager.

Dalam reaksi terhadap keputusan EC, Facebook menyatakan bahawa pihaknya berniat baik semasa berinteraksi de­ngan suruhanjaya berkenaan.

“Kesilapan yang kami lakukan sewaktu pemfailan pada tahun 2014 tidak disengajakan dan suruhanjaya EU berkenaan mengesahkan bahawa kesilapan ini tidak memberi kesan terhadap penggabungan tersebut,” kata seorang jurucakap Facebook.

Denda yang dikenakan oleh EC adalah yang pertama ke atas sebuah syarikat media sosial sejak undang-undang penggabungan diper­kenalkan pada tahun 2004.

Pada awal minggu ini, Suruhanjaya Kebebasan Maklumat Kebangsaan Perancis me­ngenakan denda €150,000 (RM722,000) terhadap Facebook kerana mencabuli Akta Perlindungan Data. – dpa/Agensi

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 32