DUNIA

Pasangan gay dijatuhi hukuman rotan 85 kali

Pasangan gay dijatuhi hukuman rotan 85 kali

BANDA ACEH, Indonesia – Sebuah Mahkamah Syariah di Indonesia menjatuhkan hukuman rotan 85 kali terhadap dua lelaki gay kerana melakukan seks sejenis, kata seorang hakim di wilayah Aceh sekali gus menolak rayuan pengampunan daripada kumpulan hak asasi manusia.

Hukuman rotan di hadapan khalayak oleh panel hakim berkenaan adalah kali pertama terhadap ke­salahan homoseksual sejak undang-undang mengenainya diperkenalkan di Aceh pada tahun 2014.

Hukuman itu lebih berat daripada rotan 80 kali yang diminta oleh pendakwa raya.

“Kedua-dua defendan didapati bersalah kerana melakukan liwat,” kata hakim yang mengendalikan kes itu, Khairil Jamal dalam satu kenyataan.

Dua lelaki itu yang memutuskan untuk mewakili diri masing-masing di mahkamah memberitahu bahawa mereka tidak akan merayu keputusan tersebut.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang menjadikan hubungan seks sejenis satu jenayah dan menggunakan undang-undang syariah.

Terdahulu, kumpulan pemantau hak asasi manusia, Human Right Watch menggesa Indonesia membebaskan kedua-dua lelaki itu yang ditahan pada Mac lalu.

Pihak berkuasa wilayah Aceh te­lah melaksanakan hukuman rotan terhadap 339 orang sejak tahun lalu kerana melanggar hukum Syarak.

- Reuters

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 32