DUNIA

Polis Thai rampas 2.2 juta pil yaba

Polis Thai rampas 2.2 juta pil yaba

Bernama - BEBERAPA beg mengandungi 2.2 juta pil methamphetamine yang dirampas oleh polis Thailand pada Sabtu lepas.


BANGKOK – Dua lelaki memandu sebuah lori pembancuh simen berisi 2.2 juta pil methamphetamine atau dikenali sebagai yaba diberkas pada Sabtu lalu semasa mereka menuju ke Hatyai, selatan Thailand untuk menyerahkan barangan haram itu.

Mereka ditahan di wilayah Chumphon enggan mendedahkan apa-apa maklumat tentang destinasi dadah itu selepas Hatyai. Namun, polis Thailand percaya dadah tersebut akan diseludup merentasi sempadan dan berakhir di Malaysia.

“Kedua-dua suspek enggan memberitahu kami sama ada dadah ini akan diseludup masuk ke Malaysia selepas tiba di Hatyai tetapi berdasarkan laluan penyeludupan, ia menuju ke Malaysia,” kata komander polis Wilayah Selatan 8, Leftenan Jeneral Thesa Siriwatho kepada agensi berita Bernama semalam.

Mereka yang masing-masing berusia 48 dan 32 tahun, katanya, mengambil dadah itu di daerah Fang, Chiangmai, utara Thailand.

Kedua-duanya dijanjikan bayaran sebanyak 500,000 Baht (RM60,000) untuk menghantar barang terlarang itu kepada lelaki yang tidak dikenali di Hatyai.

Menurut Thesa, kedua-dua lelaki itu dan lori mereka ditahan di pusat pemeriksaan di Chumphon dan dibawa ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk pemeriksaan lanjut selepas pihak berkuasa merasakan sesuatu yang tidak kena tentang kenderaan dan penghuninya.

“Polis curiga kerana lori itu berada begitu jauh dari Chiangmai,” katanya sambil menambah, siasatan lanjut menemui 22 beg yang mengandungi dadah methamphetamine disembunyikan bersama serbuk simen dalam pembancuh konkrit kenderaan itu.

Rampasan tersebut dibuat beberapa hari selepas polis Thai memintas lori yang membawa muatan 1.1 tan ganja dan 1.2 juta pil yaba di daerah Banmor, wilayah Saraburi, semasa kenderaan itu dalam perjalanan ke Hatyai.

Dadah tersebut dipercayai untuk di­seludup ke Malaysia. – Bernama

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 16