STAILO

Ranggi bergaya dengan jam tangan Ice-Watch

Ranggi bergaya dengan jam tangan Ice-Watch

SERAMAI 10 finalis Pencarian Wanita Melayu 2017 merakamkan gambar kenangan di Galeri Ice-Watch, Ampang Point, Kuala Lumpur baru-baru ini.


WARNA terang yang dipantulkan menerusi kabinet kaca galeri Ice-Watch di Ampang Point, Kuala Lumpur itu benar-benar menangkap perhatian Nur Shafiqahtul Jan Musa Ajan, 23, biarpun pada jarak yang jauh.

Pantulan warna itu seakan-akan memukau sehingga menaikkan perasaan teruja dalam dirinya untuk melihat secara lebih dekat.

Dia memang memasang hajat untuk berkunjung ke galeri itu pada acara lawatan 10 finalis Pencarian Wanita Melayu 2017 baru-baru ini.

Nur Shafiqahtul Jan sanggup bergegas dan mengharungi kesesakan lalu lintas dari Shah Alam, Selangor pada pagi itu semata-mata mahu melihat sendiri pesona jam tangan dari Belgium tersebut.

“Jenama Ice-Watch ini sudah dikenali umum di pasaran bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

“Menariknya, rekaan jam tangan ini begitu eksklusif dan berbeza daripada produk popular yang lain.

“Bahkan, melihat pada warna jam tangan yang terang itu sahaja, kita sudah boleh kenal identiti jenama Ice-Watch,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Fenomena jam tangan dengan warna-warna terang seperti merah, hijau dan unggu dan biru itu semakin digilai masyarakat tempatan.

Bukan anak-anak muda sahaja yang meminati seleksi jam tangan itu tetapi golongan wanita bekerjaya yang bercirikan sofistikated turut menggemarinya.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Antara Persona, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, permainan warna menyebabkan si pemakai tampil selari dengan trend fesyen terkini.

Ditambah pula dengan variasi koleksi jam tangan yang diperkenalkan Ice-Watch, ia pasti membuat golongan wanita kini tampil lebih bergaya dan ranggi.

“Apabila menjejakkan kaki ke galeri ini, saya dapat lihat kesemua koleksi jam tangan Ice-Watch.

“Rata-rata koleksi yang dipamerkan di sini sangat sesuai untuk digayakan dalam apa jua keadaan.

“Fungsi serba guna itu membolehkan orang ramai membuat pilihan untuk menggayakan jam tangan Ice-Watch mengikut mood atau suasana majlis yang dihadiri seperti kasual, sukan, parti atau santai,” ujar 10 finalis Pencarian Wanita Melayu 2017 itu.

Ice-Watch merupakan jenama jam tangan mewah mampu milik dari Belgium.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, jenama itu menjadi kuasa dominan dalam segmentasi jam tangan fesyen di seluruh dunia.

Ia boleh didapati di lebih 55 buah negara dan mempunyai sehingga mencecah 1,000 peruncit di seluruh dunia.

Strategi


SEBAHAGIAN daripada 10 finalis Pencarian Wanita Melayu 2017 memperagakan jam tangan Ice-Watch di Ampang Point, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kunci utama kejayaan jenama itu terletak kepada kualiti, julat harga mampu milik, rekaan bergaya dan ranggi, warna-warna menjolok mata serta versatil.

Difahamkan, setiap tiga tahun, jenama Ice-Watch akan memperkenalkan jam tangan dengan kombinasi warna baharu.

Strategi itu bertujuan untuk memastikan gaya yang mengikuti perkembangan fesyen terkini tersebut dapat dinikmati oleh penggemar jenama Ice-Watch.

Penolong Pengurus Pemasaran Ice-Watch, Melvin Gabriel berkata, keistimewaan jam tangan itu ialah rekaannya yang begitu eksklusif dan selari dengan perkembangan zaman.

Namun, ia masih mengekalkan unsur tradisional.

“Unsur tradisional yang dimaksudkan ialah jenis jam tangan analog, bukannya jam digital seperti yang terdapat di pasaran.

“Konsep jam tangan analog ini dikekalkan supaya nilai tradisional itu dapat dipelihara.

“Walaupun rekaan koleksi Ice-Watch lebih moden, konsep jam tangan analog ini adalah sebagai melestarikan trend rekaan jam tangan klasik,” kongsinya kepada Kosmo!.

Disebabkan Ice-Watch begitu prihatin dalam memelihara unsur tradisional, ia dilamar menjadi penaja rasmi bagi program Pencarian Wanita Melayu 2017 yang dianjurkan di Plaza Shah baru-baru ini.

Pencarian Wanita Melayu 2017 merupakan platform bagi golongan wanita Gen-Y memartabatkan unsur tradisional di pentas yang lebih berprestij.

Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan tertentu sambil melakukan persembahan di hadapan juri pada pentas akhir Pencarian Wanita Melayu 2017.

Juara program itu membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000, pakej percutian di Vietnam termasuk jam tangan mewah Ice-Watch yang berharga RM2,100 ringgit.

Selain itu, 10 finalis pertandingan tersebut turut berpeluang membawa pulang jam tangan cenderamata bernilai RM600 daripada Ice-Watch.

Elemen tradisional


Warna terang seperti merah, ungu, hijau dan biru merupakan identiti koleksi jam tangan Ice-Watch.


Juara Pencarian Wanita Melayu 2017, Nurul Ain Nasiron, 20, berkata, kolaborasi penajaan itu memberi manfaat bukan sahaja kepada peserta tetapi negara.

Ini kerana pada pendapatnya, Ice-Watch berpotensi besar membawa budaya Malaysia ke mata dunia menerusi rekaan jam tangan suntikan tradisional.

Antara elemen yang boleh diselitkan dalam rekaan jam tangan itu adalah seperti suntikan elemen batik atau songket.

“Kumpulan Habib merupakan pengedar tunggal Ice-Watch di negara ini.

“Justeru, ia merupakan platform terbaik dalam memperkenalkan budaya tradisional negara ini menerusi rekaan jam gabungan elemen batik atau songket.

“Ia sedikit sebanyak dapat memelihara budaya tradisional negara ini supaya tidak pupus ditelan zaman,” jelasnya sambil ralit memerhatikan jam tangan Ice-Watch pada pergelangan tangannya.

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31