AURA JUITA

Suplemen alternatif Jushine C NLEE Beauty

Suplemen alternatif Jushine C NLEE Beauty


Suplemen ini mudah untuk diamalkan.


Pengambilan suplemen kesihatan adalah satu trend yang dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna di negara ini.

Bagi orang ramai terutamanya golongan wanita, anda boleh mencuba produk keluaran NLEE Beauty iaitu Jushine C yang dirumus menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.

Pengasas NLEE Beauty, Nur Amalina Roslee berkata, suplemen tersebut menggunakan beri acerola dan oren yang mempunyai khasiat berguna bagi orang ramai.

“Kami menggunakan beri acerola kerana jus buah berkenaan mengandungi 13 kali lebih vitamin C berbanding jus oren pada kuantiti yang sama. Vitamin C berguna dalam membantu melancarkan proses penyerapan zat makanan.

“Selain vitamin C, produk ini juga mengandungi kebaikan lain yang pastinya bermanfaat kepada pengguna. Jushine C juga dipercayai mempunyai kesan positif ke atas kulit pengguna,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara kebaikan produk yang memiliki rasa buah oren tersebut adalah ia membantu mengurangkan kesan parut dan jerawat pada kulit pengguna.

Bukan itu sahaja, menurut Nur Amalina, khasiat yang terkandung dalam Jushine C menjadikan ia sesuai diamalkan oleh wanita hamil dan sedang berpantang.


NUR AMALINA bergambar dengan produk Jushine C dan Premium Foundation keluaran syarikatnya.


“Produk tersebut sesuai digunakan oleh pengguna yang berusia tiga tahun ke atas tidak kira jantina sama ada lelaki mahupun wanita. Ia yang bersaiz 200 mililiter (ml) dijual pada harga RM53 di Semenanjung Malaysia dan RM59 (Sabah dan Sarawak).

“Pengguna yang ingin mendapatkan Jushine C boleh menghubungi ejen atau stokis NLEE Beauty di seluruh negara,” katanya yang turut memberitahu, pengguna perlu mengamalkan produk tersebut sebanyak dua kali sehari pada kuantiti lima ml bagi setiap pengambilan.

Ujar beliau, pengguna perlu mengambilnya sekali pada waktu pagi sebelum sarapan dan satu kali lagi sebelum tidur.

Sementara itu, beliau berkata, syarikatnya turut mengeluarkan produk Premium Foundation yang didatangkan dalam bentuk cecair.

Jelas beliau, ia yang berfungsi sebagai asas solekan tersebut didatangkan dalam satu tona warna dan dijual pada harga RM73 (Semenanjung Malaysia) dan RM79 (Sabah dan Sarawak).

“Ia sesuai digunakan oleh semua golongan wanita, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah seperti kulit kering dan berminyak serta tona kulit tidak sekata. Produk itu tahan lama iaitu kira-kira lapan jam,” katanya.

Process time in ms: 31