AURA JUITA

Z’bayvion Miracle Lipstick gincu berkualiti premium

Z’bayvion Miracle Lipstick gincu berkualiti premium



Penggunaan gincu bibir merupakan satu kebiasaan dalam kalangan wanita, terutamanya bagi mereka yang sering berurusan dengan orang ramai.

Bagaimanapun, pemakaian gincu yang tidak bersesuaian dengan si pemakai akan mendatangkan kesan negatif terhadap bibir mereka, antaranya merekah, kusam dan gelap.

Bagi wanita yang mempunyai masalah berkenaan, boleh mencuba gincu keluaran Azilaglow Collection iaitu Z’bayvion Miracle Lipstick (Miracle Lipstick) yang telah menembusi pasaran kosmetik tempatan sejak September tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Nurazila Mohd. Salleh berkata, gincu tersebut yang menggunakan tagline Z’bayvion Bukan Sekadar Lipstick itu sesuai digunakan oleh semua golongan wanita yang berhadapan dengan masalah berkenaan.

Jelas beliau, ini kerana produk tersebut dirumus khas secara dermatologi menggunakan 100 peratus bahan semula jadi, antaranya stevia, minyak lobak merah, minyak kelapa dara, minyak bunga matahari dan kolagen sarang burung layang-layang.

“Selain bahan tersebut, gincu itu juga menggunakan material bermutu tinggi yang dipercayai mengandungi kesan positif ke atas bibir pengguna seperti kolagen, madu, minyak badam serta minyak zaitun.

“Antara kegunaan Miracle Lipstick adalah ia membantu melembapkan bibir pengguna, malah boleh digunakan sebagai sapuan asas pada bibir sebelum pengguna menggayakan gincu lain,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.


Nurazila bergambar dengan produk Z’bayvion Magical Lipstick keluaran syarikatnya.


Mengulas lanjut, Nurazila berkata, gabungan minyak lobak merah dan stevia menjadikan gincu berkenaan mudah untuk dikenakan pada bibir pengguna, sekali gus merupakan antara kelebihan produk tersebut.

Menurut beliau, gincu tersebut boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja oleh pengguna, namun untuk mendapatkan kesan terbaik, ia perlu dioles pada bibir menjelang malam sebelum tidur.

“Gincu itu mengikut warna bibir pengguna. Warnanya dipengaruhi oleh skala pH (potential of hydrogen) dan suhu di sekitar bibir mereka. Antara keistimewaan Miracle Lipstick juga adalah rekaan bekasnya yang canggih dan elegan.

“Terdapat magnet di antara penutup dan bekasnya, yang mana ia berfungsi untuk mengemaskan lagi kedudukan penutup alat solek itu, sekali gus mengurangkan kerisauan pengguna sekiranya ia terbuka jika disimpan di dalam tas tangan atau dibawa ke mana-mana,” katanya.

Tambahnya, Miracle Lipstick yang boleh digunakan pada semua jenis kulit dan mesra solat itu dijual pada harga RM39 di Semenanjung Malaysia dan RM45 di Sabah dan Sarawak.

“Begitupun, kami berbesar hati menawarkannya pada harga promosi sehingga akhir Jun depan iaitu RM35 bersempena Aidilfitri yang bakal menjelma,” katanya.

Dalam pada itu, Nurazila berkata, formulasi yang digunakan oleh syarikatnya untuk menghasilkan gincu berkenaan menyumbang kepada kejayaan beliau dan pasukan Z’bayvion telah menjual lebih 7,000 Miracle Lipstick sejak mula dipasarkan.

Pada masa sama, beliau memberitahu, produk berkenaan hanya dijual secara online dan orang ramai yang ingin membelinya boleh menghubungi talian 014-576 9999 dan 019-264 8502 atau melayari laman Facebook Azila Salleh dan Instagram @azila_salleh untuk maklumat lanjut.

Process time in ms: 47