TERKINI

Penjawat awam kontrak berkhidmat 15 tahun layak diserap ke jawatan tetap

Penjawat awam kontrak berkhidmat 15 tahun layak diserap ke jawatan tetap

12/05/2017 11:22pm


Ali Hamsa.


LABUAN - Penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas layak diserap ke jawatan tetap selepas 31 Disember tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, kelayakan mereka untuk diserap sebagai anggota tetap adalah sejajar dengan skim perkhidmatan awam.

"Tahun lepas, kerajaan membuat keputusan bahawa penjawat awam yang masih bertaraf kontrak, dilanjutkan perkhidmatan mereka hingga 31 Disember 2017 dan mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun, boleh diserap sebagai pegawai tetap," katanya selepas melakukan lawatan rasmi ke Jabatan Kastam dan Jabatan Laut Labuan di sini hari ini.

Menurut beliau, menjelang akhir tahun ini, mungkin terdapat permintaan daripada jabatan dan agensi kerajaan berhubung isu petugas, khususnya staf yang kontrak mereka berakhir pada 31 Disember tahun ini dan kerajaan akan membuat keputusan tentang perkara itu.

Ali berkata, jumlah penjawat awam bertaraf kontrak masih kecil serta terkawal dan setakat ini, tiada peningkatan dari segi jumlahnya, manakala jumlah penjawat awam kekal sebanyak 1.6 juta sejak lima tahun lepas. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47