STAILO

Sut linen serlah gaya fleksibiliti maskulin

Sut linen serlah gaya fleksibiliti maskulin


SUT linen memberi gaya kemas dan segak.


PENGGAYAAN sut linen yang tidak terbatas menjadikan ia cukup sofistikated dan sempurna untuk musim panas atau cuaca seperti di negara kita.

Sut linen istimewa kerana ia dengan mudah dapat membawa transisi fleksibiliti daripada gaya kemas kepada gaya kasual atau santai. Ia juga sejuk apabila dipakai, selesa dan dapat menyerlahkan maskuliniti.

Jika anda mahu tampil kemas dan segak, gayakan sut linen dengan kombinasi kemeja dan tali leher.

Pastikan juga potongan sut anda adalah dalam gaya kontemporari. Kejayaan keseluruhan penampilan tentunya bergantung kepada gaya dan warna sut, kemeja serta aksesori yang anda pilih.

Contohnya: padankan sut biru kelasi anda dengan kemeja putih dan tali leher kelabu untuk gaya formal dan profesional.

Sementara itu, kombinasi sut rona lembut, pudar atau putih dan tali leher untuk gaya lebih santai serta bersahaja. Bagi pilihan gaya tidak formal atau aktiviti serta acara santai, anda juga boleh padankan kemeja-T atau polo dengan sut linen.

Kasut yang sesuai

Bagi mereka yang gemarkan gaya konservatif, dapatkan kasut oxford atau wingtip tetapi bagi anda yang lebih kepada gaya kontemporari, padankan kasut loafer dengan sut linen terutamanya untuk gaya yang lebih santai atau kurang formal.

Loafer ringan dan boleh dipakai tanpa stokin. Bagi yang berani, cuba bereksperimentasi dengan kombinasi sut linen dan kasut trainer sebagai pelengkap gaya.

Dapatkan kasut dalam rona neutral, kerana ia paling sesuai disuai padan dengan pelbagai kombinasi pakaian.


SUT linen sesuai digayakan dengan kemeja labuh.


Panduan menggayakan sut linen

* Pilih sut linen dalam rona pastel (lembut) atau neutral seperti putih, kelabu, khaki, pasir atau tanah dan perang untuk mendapatkan gaya klasik,elegan serta segar.

* Sut linen dalam rona gelap seperti warna arang, coklat, kelabu dan biru kelasi dapat menyuntik elemen formal dalam penampilan.

* Elak rona terang kerana ia amat tidak sesuai dengan ciri-ciri fabrik linen.

* Anda boleh menggayakan kombinasi jaket dan seluar yang berlainan warna. Cuba padankan jaket dalam rona gelap dan seluar rona cerah untuk gaya lebih hebat.

* Padankan sut linen dengan kemeja daripada fabrik kapas atau jalur dalam rona pudar. Kombinasi fabrik tersebut akan memberi dimensi dan tekstur yang menarik pada penampilan keseluruhannya.

* Tidak perlu tali leher melainkan anda bekerja di pejabat yang agak konservatif. Berikan sentuhan gaya Eropah dengan square pocket bercorak menarik seperti polka dot, jam tangan mewah dan kasut kulit untuk gaya lebih berketrampilan.

* Bagi anda yang belum bersedia untuk memakai sut linen, cuba dahulu gayakan blazer atau seluar linen dan suai padankannya mengikut cita rasa anda.

* Jika gaya kasual yang anda mahu tampilkan, pastikan anda memilih potongan sut linen yang sedikit longgar. Gaya ini cool serta cukup digemari selebriti-selebriti Barat.

* Bagi acara perkahwinan yang diadakan pada musim panas, sut linen pastinya adalah antara pilihan sempurna untuk cuaca yang panas.

* Untuk lebih bergaya dan kontemporari, padankan jaket linen potongan mengikut badan dengan jean denim yang hebat. Gaya ini ideal untuk aktiviti-aktiviti santai. Dapatkan denim yang ringan sesuai dengan cuaca panas. Pilihan menarik yang lain, adalah kombinasi jaket linen dan seluar chino.

* Pastikan anda menghantar sut linen untuk proses cucian kering dan digosok atau stim dengan wap panas sebelum dipakai. Sut tersebut tetap akan renyuk sedikit (sememangnya ciri-ciri linen adalah begitu), tetapi cucian kering yang bagus akan membuatkan sut linen tersebut kelihatan hebat lebih lama.

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 15