STAILO

Minimalis, elegan kekuatan Daanya

Minimalis, elegan kekuatan Daanya


Rekaan busana Daanya ringkas namun masih elegan.


Golongan wanita masa kini tidak terlepas daripada menjalani gaya hidup yang serba aktif, sama seperti golongan lelaki.

Kesibukan tersebut menyebabkan segelintir wanita mengetepikan unsur kecantikan kerana merasakan tampil menawan bukan lagi keutamaan mereka.

Sedangkan, tampil cantik sudah menjadi lumrah bagi golongan tersebut.

Melihatkan fenomena itu, jenama Daanya yang merupakan butik pakaian Muslimah tempatan tampil membawa solusi kepada golongan wanita yang serba sibuk menerusi busananya.

Daanya mempertaruhkan busana Muslimah berkonsepkan moden dengan pelbagai rekaan eksklusif namun masih mengekalkan kesantunan golongan itu.

Pengasasnya, Iezan Shafila Kamarudin berkata, kesemua rekaan koleksi busana Daanya adalah berkonsepkan minimalis dan serba ringkas.

Pun begitu, unsur tersebut tidak dapat mengaburi nilai elegan yang terdapat dalam sepersalinan busana Daanya.

Menawan

“Kita boleh lihat, setiap busana Daanya rekaannya ringkas kerana saya tidak gemar busana yang sarat.


Daanya mempertaruhkan busana Muslimah berkonsepkan moden.


“Justeru, ia mudah untuk digayakan biarpun secara kasual.

“Dengan hanya memakai kasut sukan, pemakai masih mampu tampil menawan,” ujar ibu kepada empat orang anak itu.

Versatiliti busana yang diketengahkan koleksi Daanya itu membuatkan ia sesuai untuk digayakan dalam pelbagai keadaan.

Sama ada digayakan sebagai pakaian harian ketika di tempat kerja ataupun menghadiri acara rasmi, keanggunan busana Daanya tidak dapat dinafikan.

Iezan Shafila menambah, istimewanya koleksi Daanya ialah ia direka khas bagi memudahkan urusan harian golongan wanita yang sangat sibuk.

Ini kerana koleksi tersebut menggunakan fabrik daripada linen dan kapas.

Kedua-dua material berkenaan dipilih kerana ia ternyata mudah untuk diuruskan dan tidak memerlukan penjagaan yang begitu sukar.

Golongan wanita kini tidak perlu lagi mengerah tenaga untuk menggosok pakaian atau mengambil masa yang lama untuk bersiap.

Katanya, setiap perincian tersebut sudah diamati terlebih dahulu sebelum busana itu direka.

Ia sekali gus mampu membuat urusan harian golongan wanita lebih efisien.


walaupun digayakan secara kasual, Daanya memiliki tarikan tersendiri.


Selain itu, konsep yang diketengahkan pada setiap busana Daanya adalah tidak lapuk dek zaman.

Disebabkan itu, Iezan Shafila yakin rekaan busananya tidak akan ketinggalan zaman kerana rekaannya yang minimalis tidak terikat dengan trend fesyen terkini.

Busana Daanya direka khusus untuk golongan wanita produktif lingkungan antara umur 20 hingga 50 tahun.

Bahkan, selari dengan objektif utama memudahkan urusan harian golongan wanita, busana Daanya didatangkan dengan konsep suai padan.

“Kami memberikan kebebasan kepada golongan wanita menggayakan busana Daanya mengikut kreativiti mereka.

“Ia mudah dipadankan bersama pakaian lain dan semestinya menjimatkan masa tanpa perlu terkejar-kejar,” ujarnya.

Empayar Daanya mula dikenali di negara luar terlebih dahulu berbanding di Malaysia.

Pada awalnya, busana Daanya hanya dikeluarkan untuk pasaran di negara Asia seperti Brunei.

Lama-kelamaan, ia semakin berkembang sehingga ke pasaran Eropah.

Sehingga kini, koleksi Daanya berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Brunei, Filipina, Singapura dan United Kingdom.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 63