KESIHATAN

Tubuh berdarah apabila sakit kepala

Tubuh berdarah apabila sakit kepala

KEADAAN wajah Phakamad yang dipenuhi darah.


CUACA panas terik pada petang itu menyebabkan Phakamad Sangchai tiba-tiba diserang sakit kepala.

Sebaik sahaja kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu duduk berehat di sebuah kerusi kecil berdekatan dengannya, darah kelihatan mengalir daripada telinga kiri Phakamad.

Panik dengan keadaan itu, dia memberitahu tentang hal tersebut kepada kedua-dua ibu bapanya sebelum dirujuk ke hospital.

Selepas dirujuk ke sebuah hospital di Nong Khai, Thailand, doktor masih keliru tentang punca pendarahan pada telinga kanak-kanak tersebut.

Phakamad dibenarkan untuk pulang dan akan dirujuk semula sekiranya kes sama berulang.

Beberapa hari kemudian, Phakamad mengalami masalah sakit kepala yang agak teruk. Kali ini, mata kirinya pula yang mengalirkan darah dan dia sekali lagi dirujuk kepada pakar.

Doktor kemudian mengesahkan kanak-kanak tersebut menghidap penyakit Hematohidrosis yang menyebabkan peluhnya bertukar menjadi darah.

Penyakit ganjil

Hematohidrosis merupakan sejenis penyakit ganjil dan hanya menyerang seorang dalam 10 juta manusia.

Ia berlaku disebabkan pembuluh darah dalam badan manusia menjadi kembang dan membesar, seterusnya menyebabkan darah keluar daripada permukaan kulit sebagai peluh.

Akibatnya, badan serta pakaian Phakamad akan dipenuhi dengan darah dan ia menyebabkan rakan-rakannya takut untuk mendekati kanak-kanak malang tersebut.

Menurut Phakamad, setiap kali tubuhnya berpeluh, dia berasa amat tidak selesa dengan keadaan itu dan mengakui ia mengganggu aktiviti hariannya.


MATA Phakamad akan mengeluarkan darah setiap kali dia berpeluh.


“Apabila saya diserang sakit kepala yang teruk, badan saya akan mengeluarkan peluh berdarah dalam kuantiti yang banyak dan kadangkala ia kelihatan menakutkan.

“Telinga, mata, hidung dan bahagian lain seperti tapak tangan akan tiba-tiba sahaja dipenuhi dengan darah dan ia amat merunsingkan saya,” ujar anak kelahiran Nong Khai itu.

Tambahnya, keadaan tersebut bermula pada Disember tahun lalu dan sehingga kini, ahli keluarganya masih lagi mencari penawar kepada penyakit ganjil itu.

Tidak sakit

“Saya mahu orang ramai tahu tentang penyakit aneh saya ini supaya saya boleh diubati. Saya khuatir ia akan menjadi bertambah buruk apabila saya meningkat dewasa kelak,” ujarnya.

Begitu pun, Phakamad berkata, tubuhnya langsung tidak berasa sakit biarpun dipenuhi darah.

Kanak-kanak itu kelihatan masih mampu tersenyum dan ketawa kerana darah tersebut merupakan peluh yang dikeluarkan oleh orang normal lain.

Buat masa ini, Hematohidrosis tiada penawarnya, namun pengeluaran peluh boleh dikurangkan dengan cara mengurangkan tekanan.

“Saya perlu mengawal tekanan yang dialami bagi mengelakkan peluh berdarah keluar dengan lebih banyak,” ujar Phakamad tentang penyakitnya itu.

Bagi Nipaporn Khantain pula, sebagai ibu, dia tidak sanggup melihat tubuh anak kesayangannya itu dipenuhi darah biarpun dia hanya berpeluh.

“Phakamad masih perlu mendapatkan rawatan daripada doktor bagi mengubati penyakit ganjilnya itu.

“Biarpun ia tidak menyakitkan, saya masih lagi berusaha mencari penawar lain kepada penyakit anak saya dan berharap agar dia boleh disembuhkan,” ujarnya seperti dipetik Mail Online.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 47