AURA JUITA

Buruj Watches penunjuk kiblat digital

Buruj Watches penunjuk kiblat digital


JAM ini sesuai dijadikan hadiah bagi majlis istimewa.


Jam tangan merupakan satu daripada aksesori yang sering digayakan baik bagi lelaki mahupun wanita.

Menyedari pasaran bagi jam tangan terutamanya dalam kalangan pengguna Muslim di negara ini begitu luas, Buruj Watches mengeluarkan koleksi terbaharu mereka iaitu Buruj Digital Exclusive 03.

Pengarah Buruj Watches, Mohamad Basri Ibrahim berkata, mereka mengeluarkan jam tersebut kerana ia didatangkan dengan beberapa fungsi yang berguna bagi pengguna beragama Islam di negara ini.

Jelas beliau, antara fungsi berkenaan adalah ia membolehkan pengguna mendapatkan waktu solat dan arah kiblat dengan tepat walaupun di mana sahaja mereka berada.

"Jam tangan merupakan aksesori penting untuk semua. Ada yang sanggup berbelanja sehingga ribuan ringgit bagi seutas jam kerana minat mengumpul jam.

"Oleh itu, Buruj Watches tampil dengan seutas jam tangan dengan fungsi dan sistem utamanya iaitu waktu solat dan arah kiblat tanpa perlu sebarang data internet," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.


JAM edisi terhad ini memiliki rupa yang eksklusif.


Mengulas lanjut, Mohamad Basri berkata, antara fungsi lain pada jam berkenaan ialah kalender Hijrah, penanda al-Quran, paparan nama dan waktu solat Malaysia.

Katanya, pengguna boleh memilih antara dua bahasa bagi jam tangan tersebut iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

"Kami yakin fungsi-fungsi seperti ini tidak ada pada jam lain walaupun harganya beribu ringgit. Jika anda seorang peminat jam atau inginkan jam dengan fungsi yang lebih bermanfaat, inilah koleksi yang wajib anda pilih.

"Buruj Digital Exclusive 03 ini dapat membantu pengguna untuk lebih peka dengan waktu solat kerana ia akan berbunyi setiap kali tibanya waktu solat," katanya.

Menurut Mohamad Basri, Buruj Digital Exclusive 03 dihasilkan dengan sentuhan dan gabungan beberapa material seperti tali jenis getah resin yang lembut dan selesa dipakai, penutup belakang jenis besi tahan karat, cermin plastik yang tidak mudah calar, malah ia turut menggunakan teknologi Japan Movt.

"Jam tersebut direka khas untuk semua golongan pengguna iaitu lelaki dan wanita. Model ini datang dengan dua variasi warna yang cukup menawan iaitu hitam dan kelabu.

"Buruj Digital Exclusive 03 juga sesuai dijadikan hantaran atau hadiah ulang tahun perkahwinan kerana ia turut didatangkan dalam set pasangan," ujarnya.


BURUJ Digital Exclusive 03 direka menggunakan material tahan lasak.


Beliau memberitahu, jam yang sesuai digunakan pada semua jenis aktiviti sama ada santai mahupun formal berkenaan ditawarkan pada harga RM289, namun pembaca Kosmo! boleh membelinya pada harga RM249 sahaja.

"Orang ramai boleh mendapatkan jam edisi terhad itu menerusi beberapa kaedah, iaitu menghubungi hotline atau menghantar WhatsApp ke talian 03-6177 9338, 011-3335 4553 dan 011-2811 6629.

"Selain itu, mereka juga boleh mengunjungi ibu pejabat Buruj Watches di Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves, Selangor. Pengguna yang berada jauh dari ibu kota tidak perlu bimbang kerana kami menyediakan khidmat penghantaran percuma ke seluruh negara.

"Pembelian secara online juga boleh dilakukan menerusi laman web kami iaitu www.burujshop.com serta laman Facebook Jam Tangan Azan," katanya.

Process time in ms: 31