AURA JUITA

Pomade Misterman tawar kualiti tinggi, harga berpatutan

Pomade Misterman tawar kualiti tinggi, harga berpatutan


MOHD. AZROL penuh yakin produk pomade Misterman bakal menjadi pilihan ramai berdasarkan kepada kualiti dan harganya.


Nilai sesuatu produk berkait rapat dengan kualitinya. Lebih tinggi tahap kualiti sesuatu produk, maka semakin tinggi harganya.

Lain pula ceritanya dengan produk minyak rambut keluaran Misterman Empire yang menawarkan pomade berkualiti tinggi, namun dijual pada harga yang cukup berpatutan.

Tidak kalah berbanding produk antarabangsa yang diimport, pomade Misterman hanya ditawarkan pada harga RM35 hingga RM45 sebotol.

"Itulah salah satu resipi kejayaan syarikat ini," ujar Pengasas Misterman Empire, Mohd. Azrol Md. Yasid.

"Rambut merupakan mahkota utama bagi golongan lelaki tampil kemas selain cara mereka berpakaian. Justeru, kami menawarkan minyak rambut yang cukup berkualiti kepada orang ramai tetapi mampu dimiliki pada harga rendah.


Pomade Misterman ditawarkan pada harga RM35 sebotol.


"Sudah menjadi lumrah, kita sememangnya mahukan produk yang berkualiti pada harga yang rendah, maka, Misterman Empire memberi peluang bagi mereka di luar sana terutamanya golongan lelaki untuk mendapatkan hasil kualiti terbaik pomade yang setaraf produk antarabangsa," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Berbicara mengenai lambakan produk pomade yang dijual di pasaran tempatan, Mohd. Azrol menegaskan keyakinannya terhadap kemampuan pomade Misterman dalam meraih kepercayaan orang ramai berdasarkan kualiti dan harga mampu milik jenama yang menjadi identiti syarikat tersebut sejak beberapa tahun lalu itu.

Mohd. Azrol memberitahu, produk tersebut juga menggunakan bahan-bahan premium antaranya lilin lebah yang diadun bersama haruman buah epal dan anggur selain dirumuskan bersama air gunung agar dapat memudahkan proses pembersihan rambut.

Terbaharu, pomade Misterman yang terkini diformulasikan bersama minyak argan dan vitamin E agar pengguna dapat mengekalkan kemasan pada rambut selain membantu menyihatkannya bermula daripada bahagian akar.

"Bagi memastikan pomade Misterman kekal menjadi pilihan orang ramai, saya dan seluruh individu dalam syarikat ini perlu mengekalkan prestasi dan kualiti termasuk menyusun strategi pengiklanan yang berkesan agar tiada sebarang prasangka wujud antara kami dan pengguna," katanya.

Jelas Mohd. Azrol lagi, jika dahulu hanya golongan wanita yang mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, kini, kaum Adam juga sudah mula menjaga penampilan mereka dan perubahan itu perlu disambut dengan baik dalam mewujudkan komuniti lebih bergaya dan maskulin.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen pomade Misterman dialu-alukan untuk menghubungi Mohd. Azrol menerusi talian 011-1784 4324 selain membuat pesanan bagi mendapatkan produk berkenaan.

Process time in ms: 46