AURA JUITA

Kulit lebih cerah dengan Pearl White Pinky Plus, Pearl White Coffee

Kulit lebih cerah dengan Pearl White Pinky Plus, Pearl White Coffee



Fenomena penjualan produk pencerahan kulit kini semakin rancak disebabkan beberapa faktor, antaranya penggunaan teknologi terkini dalam industri berkaitan dan penemuan bahan-bahan terkini.

Faktor permintaan yang tinggi daripada pengguna juga menyumbang kepada larisnya produk pencerahan kulit dijual di pasaran tempatan.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, masalah kulit yang dihadapi oleh segelintir pengguna di negara ini disebabkan oleh beberapa perkara seperti suhu yang tidak menentu dan gaya hidup diamalkan mereka.

Katanya, antara masalah yang sering dialami oleh pengguna lelaki dan wanita ialah kulit kering, jerawat batu, jerawat halus, kulit rosak atau kering akibat sinaran ultraungu (UV) dan liang pori yang besar selain kulit kusam.

"Menyedari masalah tersebut, Jamu Jelita menghasilkan Pearl White Pinky Plus yang menggunakan formulasi premium khusus untuk membantu mengatasi masalah berkenaan.

"Produk itu dirumus menggunakan teknologi bio serta buah-buahan terpilih. Antara fungsi Pearl White Pinky Plus adalah ia membantu melindungi kulit dari dalam serta mencerahkannya secara berperingkat-peringkat," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Siti Maryam berkata, pengguna tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk tersebut kerana ia tidak akan memudarat atau memberi kesan terhadap kulit mereka.

Sementara itu, menurut beliau, kulit yang sentiasa terdedah dengan sinaran UV akan meninggalkan kesan ‘terbakar’ terhadap kulit, yang mana ia menjadi punca pembentukan melanin atau pigmen dalam lapisan kulit.


Siti Maryam menunjukkan Pearl White Pinky Plus dan Pearl White Coffee yang boleh membantu mencerahkan kulit.


"Ia seterusnya akan menyumbang kepada masalah jeragat yang pastinya akan membuatkan pengguna berasa tidak senang," katanya.

Mengulas lanjut tentang Pearl White Pinky Plus, beliau berkata, ia mengandungi beri hawthorn yang kaya dengan dengan vitamin E dan fungsi utamanya adalah untuk membantu mengatasi masalah jeragat berkenaan selain membantu melembapkan kulit dari dalam.

"Strawberi yang kaya dengan aktioksidan juga terkandung dalam produk ini. Ia membantu dalam mengurangkan jerawat serta meningkatkan jumlah kolagen dalam tubuh pengguna.

"Untuk memberikan kesan pencerahan berganda, Pearl White Pinky Plus turut dirumus menggunakan buah manggis kerana ia membantu dalam aspek penjanaan sel kulit," katanya.

Siti Maryam berkata, sel kulit mati merupakan penyebab utama kepada masalah kulit kusam, kering serta tona tidak sekata.

Beliau memberitahu, untuk menggunakan produk berkenaan, pengguna cuma perlu mencampurkan satu cedok Pearl White Pinky Plus ke dalam 150 mililiter air dan goncangkannya menggunakan penggoncang yang didatangkan percuma dalam setiap pembeliau suplemen berkenaan.

"Amalkan ia setiap pagi iaitu 15 minit sebelum sarapan dan sebelum tidur secara konsisten untuk mendapatkan kesan dalam tempoh terdekat.

"Bagi memenuhi permintaan pengguna juga, Pearl White Pinky Plus kini datangkan dalam pek ekonomi yang bersaiz 400 gram dan ia dijual pada harga RM39.90 di Semenanjung Malaysia dan RM42.90 (Sabah dan Sarawak).


Pearl White Pinky Plus mudah untuk disediakan.


"Pek premium bersaiz satu kilogram pula dijual pada harga RM96.90 di Semenanjung Malaysia dan RM98.90 di Sabah dan Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Siti Maryam berkata, mereka juga turut menawarkan produk Pearl White Coffee bagi pengguna yang ingin mendapatkan kulit cerah menerusi minuman kopi.

Katanya, ia dirumus menggunakan astaxanthin iaitu agen antioksidan yang membantu untuk mencegah radikal bebas.

"Ia membantu pengguna untuk mendapatkan kesan awet muda selain melindungi kulit daripada kerosakan dan mencerahkannya.

"Produk itu dijual pada harga RM27.90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM31.90 di Sabah dan Sarawak. Ia turut menerima pengkelasan Super Health Brand di peringkat Asia Pasifik," katanya.

Tambahnya, produk tersebut boleh didapati di toko-toko jamu serta laman web seperti Lazada dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut terhadap produk-produk berkenaan boleh menghantar pertanyaan menerusi WhatsApp di talian 013-353 5753.

Process time in ms: 63