STAILO

Siti Sarah ubah personaliti wanita bermagnet

Siti Sarah ubah personaliti wanita bermagnet


MINAT mendalam dalam bidang kecantikan membuatkan Siti Sarah tekad memilih kerjaya sebagai perunding imej sepenuh masa sejak enam tahun lalu.


MEMILIKI personaliti dan penampilan menarik menjadi impian setiap orang baik lelaki mahupun wanita.Apatah lagi tuntutan kerjaya yang memerlukan kita sentiasa kemas bergaya setiap hari. Keadaan ini membuatkan khidmat Siti Sarah Mohammad Hata, 30, diperlukan.

Berkhidmat selama enam tahun sebagai perunding imej, anak sulung daripada enam adik-beradik itu membantu orang ramai dari aspek penampilan, pergaulan dan komunikasi.

Ujar wanita yang berasal dari Taiping, Perak itu, ketiga-tiga aspek berkenaan dirangkum bagi memastikan mereka bukan hanya mempunyai rupa paras menawan tetapi juga berpersonaliti menarik.

Memandangkan beliau mempunyai latar belakang pengajian dalam jurusan perakaunan, Siti Sarah pada mulanya bekerja dalam bidang tersebut selama empat tahun.

Namun, dek kerana minat yang tinggi dalam bidang kecantikan beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan Sijil Perunding Imej Profesional daripada Akademik Perunding Imej Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 2011.

Berbekalkan sijil pentauliahan tersebut, beliau mula bergiat aktif dalam memberi konsultansi imej, tata rias dan bengkel kecantikan.

Setelah itu, Siti Sarah mengambil keputusan untuk memberi fokus sepenuhnya sebagai perunding imej sepenuh masa dan berhenti kerja dalam bidang kewangan.

Kini, beliau juga menjalankan perniagaan sebagai vendor kecantikan online di laman web, www.sarahata.com sejak setahun lalu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Siti Sarah sepanjang melibatkan diri sebagai perunding imej.

KOSMO!: Bagaimanakah tercetusnya minat sebagai perunding imej?

SITI SARAH: Sejak kecil saya memang suka membaca majalah dan menonton iklan televisyen yang sering menampilkan model bergaya serta berpenampilan cantik. Saya juga teruja melihat penyampai berita kerana personaliti mereka sangat menarik walaupun dalam suasana formal.

Sebenarnya, saya mewarisi minat daripada ibu yang mengusahakan perniagaan produk kecantikan. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menceburkan diri sebagai perunding imej.


SITI SARAH (kiri) sering dijemput ke bengkel-bengkel kecantikan untuk berkongsi ilmu bersama golongan wanita.


Apakah keseronokan dan cabaran dalam bidang ini?

Saya berasa sangat seronok dan puas apabila dapat memberikan transformasi imej terutama kepada wanita kerana mereka memegang peranan sangat besar iaitu sebagai ibu, isteri, pekerja serta bos.

Cabaran yang perlu ditempuhi ialah persaingan dengan perunding imej yang lain. Oleh itu, saya cuba memberikan teori dan praktikal yang mudah diaplikasikan kepada peserta agar mereka mempunyai personaliti bermagnet.

Apakah gaya atau imej yang disukai anda?

Saya lebih tertarik dengan gaya klasik dan elegan.

Apakah pengalaman yang tidak boleh dilupakan?

Dua tahun lalu ada seorang wanita suka membaca laman web dan Facebook saya untuk mendapatkan ilmu kecantikan.

Dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan saya. Alangkah terkejutnya apabia wanita yang juga penuntut dari Universiti Malaya itu mempunyai masalah penglihatan. Semangat dan minat beliau membuatkan saya sangat terharu.

Apakah perancangan anda pada masa akan datang?

Saya bakal melancarkan buku kecantikan dan kesihatan yang ditulis sendiri pada bulan Julai ini.

Selain itu, saya bakal mempunyai program kecantikan dikenali sebagai SHTV yang boleh ditonton di YouTube akhir tahun ini dengan pelbagai pengisian menarik bersama perunding imej jemputan.

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31