VARIA

Brahimís kembangkan industri makanan halal

Brahimís kembangkan industri makanan halal

Ibrahim (tengah) bergambar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Dewina Holdings Sdn. Bhd., Nur Fatin Ibrahim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Brahimís SATS Food Services Sdn. Bhd., Ainul Hasnizam Abu Hassan di MIHAS, Kuala Lumpur baru-baru ini.


JENAMA Brahimís tidak asing lagi bagi mereka yang menaiki kapal terbang dan ia menjadi hidangan cukup menyelerakan untuk mengisi perut sebelum tiba ke destinasi dituju.

Kumpulan Syarikat Brahimís yang ditubuhkan pada 1986 merupakan peneraju industri makanan halal di negara ini terutamanya membekalkan makanan kepada syarikat-syarikat penerbangan dan tentera.

Menurut Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Dewina Holdings Sdn. Bhd., Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi, matlamat mereka adalah untuk menjadi syarikat inovasi halal nombor satu dalam industri penyediaan makanan dan perkilangan pada tahun 2020.

ďSehubungan itu, kami menyebarluaskan revolusi perniagaan halal menerusi perkilangan, perdagangan, latihan, pengurusan industri, projek dan kejuruteraan melalui syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Syarikat Brahimís.

ďKami memahami penyelesaian komprehensif sangat penting untuk menjalankan perniagaan halal bagi pasaran tempatan dan global,Ē katanya ketika ditemui Kosmo! di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.


CEF membuat pertunjukan masakan pajeri nanas menggunakan produk Brahimís yang disediakan kurang lima minit.


Tambahnya, pasaran industri makanan halal mempunyai potensi yang sangat besar maka, pihaknya ingin menjadi syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan tersebut di rantau ini.

Ujar Ibrahim, bagi memacu masa hadapan yang lebih baik untuk perniagaan halal, ia memerlukan perkongsian pintar, inovasi kreatif dan integrasi perniagaan.

Usahawan baharu

ďKami memainkan peranan untuk mewujudkan potensi penyertaan usahawan baharu dalam industri perniagaan halal.

ďSehubungan itu, Dewina Consult Sdn. Bhd., telah dijenama semula menjadi Brahimís Profesional yang merupakan satu langkah penting bagi mempromosi perkhidmatan kami dalam pengurusan operasi untuk industri makanan bermula proses pengilangan, katering serta penyelidikan dan pembangunan,Ē terangnya.

Brahimís Profesional mempunyai pakar-pakar yang berpengetahuan luas dalam industri makanan dan mereka akan memberi tunjuk ajar dari segi pengurusan dapur dan kilang.

Kumpulan Syarikat Brahimís mengalu-alukan usahawan-usahawan yang berminat untuk menjadi rakan kongsi mereka bagi membuka cawangan makanan halal di pasaran Jepun dan pihaknya akan menyediakan bimbingan serta nasihat untuk menjalankan perniagaan tersebut.


PRODUK makanan jenama Brahimís menjimatkan masa memasak selain berkhasiat.


ďKami mempunyai hubungan perniagaan yang erat dengan ahli perniagaan di sana dan sudah memiliki beberapa restoran makanan di Jepun,Ē katanya.

Sempena MIHAS, orang ramai berpeluang menyaksikan cef berpengalaman menyediakan makanan daripada produk Brahimís yang mudah dimasak,menjimatkan masa dan hidangan lebih sihat malah sangat sesuai dengan gaya hidup masa kini.

Ibrahim berkata, penglibatan dalam pameran itu penting dengan gabungan bersepadu daripada pakar dalam syarikat ini bagi memacu kejayaan dalam perniagaan makanan halal dan menyediakan penyelesaian bagi setiap cabaran yang dihadapi.

Sementara itu, selain menyediakan khidmat katering kepada syarikat penerbangan, Brahimís SATS Food Services Sdn. Bhd., turut mendapat kontrak dengan Universiti Kebangsaan Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad, Perkhidmatan Tren Elektrik, 7-Eleven, Emirates Lounge, Breadtalk, Lcatering dan City Harbour International School.

Syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan katering makanan halal terbesar di dunia menghidangkan 65,000 makanan sehari kepada 37 syarikat penerbangan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, sempena ulang tahun penubuhan syarikat itu yang ke-30 pada tahun hadapan, mereka bakal melancarkan tiga menu baharu dan mengadakan sesi jelajah ke beberapa negeri untuk lebih dekat dengan masyarakat.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 31