STAILO

Jaket baldu serlah personaliti lelaki

Jaket baldu serlah personaliti lelaki


JAKET baldu mempunyai tekstur cukup mewah dan aura seksi.


JAKET baldu menjadi pilihan yang cukup popular sejak kebelakangan ini, ia kembali diperkenalkan dalam koleksi pereka antarabangsa seperti Dolce & Gabanna, Haider Ackermann dan Tom Ford.

Teksturnya cukup mewah dan mempunyai aura seksi memikat. Ryan Gosling, Bradley Cooper dan Justin Timberlake antara selebriti Barat yang kerap menggayakan jaket baldu di atas karpet merah.

Semestinya jaket baldu kini perlu ada dalam almari lelaki yang mahukan kelainan dalam penampilan. Paling penting anda perlu bijak bereskperimentasi untuk mendapatkan gaya paling sesuai dengan personaliti kita.

Begitu juga ketika memilih warna dan potongan jaket yang boleh diadaptasikan dengan pakaian serta aksesori sedia ada.

Bagi gaya klasik yang tepat, kombinasi fabrik baldu dengan rona hitam atau biru kelasi adalah pilihan cukup malar segar sesuai untuk semua peringkat umur.

Lelaki yang suka gaya avant-garde, anda cuba jaket baldu Jacquard dalam rona merah darah atau biru neon. Jika mempunyai personaliti rocker atau dandy (segak serta kemas bergaya), serlahkan dengan pemakaian jaket baldu rona pastel terang atau ungu gelap.

Impak

Panduan menggayakan jaket baldu untuk lebih impak.

l Bagi gaya formal, pastikan kita memilih jaket baldu potongan langsing. Ia cukup sempurna sebagai jaket acara malam, fabrik baldu yang mewah dapat memberi impak kepada penampilan keseluruhan.

Baldu hitam adalah warna paling tepat untuk acara formal, pastikan padanan kemeja, seluar dan aksesori yang neutral dan kemas. Seluar berwarna hitam atau kelabu gelap paling sesuai dipadankan dengan jaket baldu.


Pilih jaket baldu potongan langsing untuk acara malam.


Warna seperti biru dan ungu gelap serta rona bumi, hijau lumut, merah dan coklat atau perang dalam jaket baldu juga segak digayakan sebagai warna alternatif.

Padankan jakel baldu dengan tali leher kupu-kupu dalam fabrik baldu untuk gaya sedondon. Lengkapkan ia dengan kemeja putih, seluar hitam dan kasut kulit paten Derby. Pasti anda tampil mewah, hebat serta menjadi tarikan sesiapa yang melihat.

* Gaya sofistikated ala Eropah, terapkan konsep ringkas dengan kombinasi jaket baldu dan baju-T flat roll neck. Gaya ini cukup ringkas dan menawan.

Anda juga boleh memilih baju panas Kashmir yang lebih menarik dipakai di bawah jaket baldu. Ia dapat memberi elemen tekstur natural pada gaya anda.

Jaket baldu dalam rona mewah biru nilam dan merah juga cukup elegan dipadankan dengan aksesori ringkas seperti skaf serta kaca mata hitam yang tidak berkilat.

Kasual

* Gaya lebih ranggi, jaket baldu adalah alternatif kepada jaket kulit anda. Elemen glam muncul apabila anda gabungkan jaket baldu bersama skaf sutera dengan reka corak, but Chelsea, rantai perak atau emas dan tali pinggang.

* Jika mahu gaya kasual yang hebat (tetapi masih mahu menggayakan jaket velvet), tampilkan gaya bersahaja jalanan dengan slim jeans dan kemeja-T polos (jangan sematkan baju dalam seluar dan pilih saiz sedikit besar), dapatkan sneaker putih bersih sebagai pelengkap gaya sportsluxe.

* Bagi yang mahu menggayakan jaket baldu ke pejabat, pastikan ia tidak bertentangan dengan kod pakaian korporat syarikat anda bekerja. Ramai lelaki yang bertugas di agensi kreatif gemar menggayakan jaket baldu dengan kemeja putih dan tali leher sutera.

* Lelaki yang gemar gaya dandy kontemporari. Beranikan diri untuk dapatkan jaket baldu dalam rona cerah terang seperti warna ros, pudina atau kuning manakala gaya ke parti cuba pakai jaket baldu dengan reka corak broked Jacquard.

Bagi lelaki yang lebih suka jaket baldu polos tanpa reka corak. Pilih rona polos biru terang atau hutan hujan, padankan ia dengan sapu tangan reka corak paisley, pocket square polka dot dan droplet-print button shirt.

* Lengkapkan gaya anda dengan loafer kulit dan kasut suede brogues rona kontras yang dipakai tanpa stokin untuk gaya quirky (unik).

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 47