STAILO

Inspirasi alam semula jadi selendang Gaya

Inspirasi alam semula jadi selendang Gaya


Selendang koleksi Gaya menggunakan pewarna herba semula jadi.


Indahnya alam ini diciptakan oleh Yang Maha Esa, tiada satu pun cacat celanya.

Melihat pesona setiap kejadian tersebut membuatkan sang manusia tidak henti-henti mengucapkan kalimah ketakjuban.

Ketakjuban tersebut dizahirkan dengan lahirnya produk yang diilhamkan daripada alam semula jadi dalam pelbagai bidang termasuk fesyen.

Gaya by Adania baru-baru ini melancarkan koleksi hijab pertamanya sempena Minggu Fesyen Islamik Asia (AIFW 2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ia bertujuan untuk mewujudkan satu trend fesyen baharu yang diilhamkan daripada motif semula jadi dan dalam masa yang sama bersifat mesra alam.

Pengasasnya, Ain Nadia Yusoff mahu keluar daripada kepompong selesa dengan tampil berbeza dalam industri fesyen tanah air.

Berbekalkan kejayaan syarikatnya iaitu Adania Skin Care mengeluarkan jenama penjagaan kulit organik dan semula jadi, Ain Nadia optimis ramuan tersebut mampu menarik minat penggemar fesyen.

“Koleksi Gaya terbahagi kepada dua jenis iaitu koleksi organik dan sutera satin.


Koleksi organik didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hijau zaitun.


“Koleksi organik diperbuat 100 peratus menggunakan bahan semula jadi dan mesra alam seperti kapas, ulat sutera dan kain modal fiber.

“Ia mampu mengekalkan keselesaan si pemakai walaupun cuaca ketika itu lembap mahupun panas,” ujarnya.

Bagi memastikan produk keluaran Gaya by Adania 100 peratus semula jadi, pewarna herba semula jadi atau Azo-Free Low Impact Eco digunakan sebagai ejen pewarna.

Koleksi organik didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hijau zaitun.

Ia sesuai digayakan sebagai pakaian harian mahupun bagi acara rasmi seperti majlis keraian.

Sementara itu, koleksi sutera satin pula mengetengahkan rekaan unik bagi si pemakai dalam menyerlahkan karakter individu.

“Ia diilhamkan oleh keindahan alam semula jadi seperti matahari terbenam, laut, tanah dan juga batu marmar.

“Penampilannya tampak mewah dan kualiti selendang yang lembut itu mampu memikat pelbagai lapisan umur,” jelasnya.

Gaya by Adania lebih daripada sekadar fesyen. Ia adalah satu jenama yang memberi kesedaran untuk mencintai alam semula jadi.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 78