SUKAN

Murray terkejut tewas di Monte Carlo

Murray terkejut tewas di Monte Carlo


MURRAY tidak dapat menahan rasa kecewa apabila tewas kepada Ramos-Vinolas di Kejohanan Monte Carlo kelmarin.


MONTE CARLO – Pemain tenis No. 1 dunia, Andy Murray mengalami kekalahan mengejut pada pusingan ketiga Kejohanan Monte Carlo apabila tewas 6-2, 2-6, 5-7 kepada pemain pilihan ke-15, Albert Ramos-Vinolas kelmarin.

Pemain kebanggaan British itu seolah-olah mengangkat bendera putih meskipun mendahului kelebihan 4-0 pada set ketiga mengatasi Ramos-Vinales dengan pertarungan berlanjutan selama setengah jam sekali gus menyebabkan pemain tersebut terlepas misi bergelar juara.

“Saya sangat kecewa dengan cara saya tewas. Saya mendominasi set ketiga, namun mensia-siakan peluang tersebut. Saya jarang tewas seperti ini sepanjang karier saya selama ini.

“Saya membuat langkah yang kurang bijak ke–rana peluang untuk menang sememangnya sudah menyebelahi saya. Waktu keadaan tegang dengan mata 5-4, saya fikir peluang itu masih ada.

“Mungkin selepas beberapa hari nanti, saya boleh menilai semula kesilapan dan saya akan bandingkan dengan persembahan sebelum ini. Siku saya sudah semakin baik. Saya sepatutnya boleh bermain dengan lebih baik.

“Pukulan servis saya juga lebih baik berbanding sebelum ini. Perkara tersebut akan menjadi semakin baik. Justeru, saya berharap dapat terus ke arah yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Muray dan Wawrinka gagal meneruskan perjua–ngan pada kejohanan ini, namun Novak Djokovic dan Rafael Nadal megah melangkah ke peringkat suku akhir setelah menewaskan lawan masing-masing. – Agensi

Pesona!»

Serawa Labu Manis Nestum pikat juri

ALISA bersama suami, Shahrizal Bakar dan empat orang anaknya bergambar selepas dinobatkan sebagai Ratu Empayar Sajian Nestum 2017.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 31