SUKAN

Klopp waspada ancaman Benteke

Klopp waspada ancaman Benteke


KLOPP memberi amaran kepada pemain pertahanan The Reds supaya merantai pergerakan Benteke menjelang pertemuan Liverpool menentang Crystal Palace di Andfield malam esok.


LIVERPOOL – Ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada benteng pertahanannya supaya merantai kelibat Christian Benteke menjelang aksi Liga Perdana England (EPL) di Anfield malam esok.

Sebagai rekod, Benteke yang berhijrah daripada pasukan Liverpool ke Palace pada tahun lepas berada dalam prestasi terbaik selepas meledak 12 gol dalam 30 penampilan liga buat skuad kendalian Sam Allardyce itu musim ini.

“Crystal Palace mempunyai barisan serangan yang mampu memberi cabaran dan menguji pemain pertahanan kami. Anda boleh lihat selain daripada Benteke, mereka memiliki (Wilfried) Zaha, (Andros) Townsend dan (Jason) Puncheon.

“Kesemua pemain tersebut memiliki kualiti dan kepantasan yang mampu merobek mana-mana pertahanan pada bila-bila masa. Jika mereka menghantar 50 hantaran kepada Benteke, mungkin dia boleh menjaringkan gol memandangkan kelebihannya di udara,” kata Klopp.

Dalam perkembangan sama, pe­ngendali dari Jerman itu turut memuji penyerang muda, Divock Origi yang memainkan peranan penting untuk mengisi kekosongan yang di­tinggalkan oleh pemain berpe­ngaruh, Sadio Mane yang mengalami kecederaan jangka panjang.

“Dia (Origi) membantu kami dari segi fizikal dan perkara tersebut terbukti dalam aksi menentang West Brom minggu lepas. Dia menjalankan tugasnya sebagai penyerang dengan baik dan saya harap dia dapat terus konsisten musim ini,” jelasnya. – Agensi

Rencana Utama!»

Pembunuhan rakyat Syria beramai-ramai

ORANG awam yang disyaki terkena gas sarin di Khan Sheikhoun, Idlib, Syria bergelimpangan di atas tanah.

Varia!»

Polis Shah Alam dekati pelajar Taufiq Islami

Pelajar-pelajar Institut Taufiq Islami teruja dan seronok dapat beramah mesra dengan Shafien (kanan).

Process time in ms: 31