SUKAN

Real diundi menentang seteru setempat

Real diundi menentang seteru setempat


CRISTIANO Ronaldo (depan) mengetuai Real melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2017 selepas meranap impian Bayern Munich di suku akhir.


NYON, Switzerland – Juara bertahan, Real Madrid berdepan tugas sukar apabila dijodohkan dengan seteru setempat, Atletico Madrid pada saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Sebagai rekod, undian tersebut umpama ‘badi’ memandangkan pasukan gergasi La Liga itu turut dipertemukan pada aksi final edisi 2014 dan 2016 yang menyaksikan Real memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.

Pengarah Sukan Real Madrid, Emilio Butragueno memberi amaran supaya pasukannya lebih berhati-hati dengan agenda Atletico kerana pertemuan pada saingan separuh akhir lebih rumit berbanding di pentas final.

“Kami mengenali antara satu sama lain tetapi perbezaan kali ini adalah ia bukan perlawanan akhir. Justeru, kami perlu mengambil serius kepada kedua-dua pusingan separuh akhir nanti dan tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan kerana mereka memiliki pemain yang berkualiti khususnya di bahagian pertahanan,” kata Butragueno.

Sementara itu, kelab gergasi Serie A, Juventus yang masih segar dengan kejayaan menyingkirkan Barcelona telah diundi menentang pasukan dari Perancis, AS Monaco pada separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Mei depan.

Dalam perkembangan lain, impian Manchester United untuk merangkul trofi kedua musim ini semakin menjadi kenyataan selepas berdepan laluan mudah apabila diundi menentang Celta Vigo pada aksi separuh akhir Liga Europa. – Agensi

Pesona!»

Serawa Labu Manis Nestum pikat juri

ALISA bersama suami, Shahrizal Bakar dan empat orang anaknya bergambar selepas dinobatkan sebagai Ratu Empayar Sajian Nestum 2017.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 31