SUKAN

Sultan Mizan bakal beraksi di Sukan SEA

Sultan Mizan bakal beraksi di Sukan SEA


SULTAN Mizan merupakan ekuin terbaik negara dalam acara endurance selepas tersenarai dalam ranking dunia.


SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila mengambil bahagian dalam sukan ekuestrian bagi acara endurance di Terengganu International Park, Lembah Bidong, Terengganu pada temasya yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos depan.

Naib Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM), Mohamad Din Mat ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Sultan Mizan ber­ada dalam senarai skuad negara pada KL2017 kerana baginda merupakan atlet yang tersenarai dalam ranking dunia.

Mohamad Din berkata, Sultan Mizan adalah antara empat ekuestrian terbaik negara yang berada dalam ranking Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) dan baginda turut berminat beraksi pada Sukan SEA kali ini.

“Baginda ada memaklumkan minat untuk menyertai skuad negara sekiranya terpilih nanti,” kata Mohamad Din kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.

Sultan Mizan pernah menyertai Kejohanan Endurance Dunia di Lembah Bidong pada 2008.

Mohamad Din berkata, EAM telah mengadakan lima pusingan kelayakan sebelum ini dan pusingan terakhir akan diadakan pada 11 hingga 14 Mei ini Lembah Bidong bagi memilih 12 atlet untuk menjalani latihan pusat.

Mengenai sasaran pada Sukan SEA nanti, Mohamad Din berkata, berdasarkan rekod cemerlang skuad negara pada temasya yang sama sebelum ini, beliau yakin acara endurance mampu meraih satu pingat emas, lebih-lebih lagi apabila beraksi di gelanggang sendiri.

Berdasarkan rekod, skuad negara meraih dua pingat emas pada Sukan SEA 2013 di Myanmar dan pencapaian yang sama turut dicapai pada 2001 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. – Bernama

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31