NEGARA

Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap gagal hadir prosiding kes LHDN

Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap gagal hadir prosiding kes LHDN


NELYDIA SENROSE


KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor semalam mengeluarkan waran tangkap ke atas pelakon popular, Nelydia Senrose kerana gagal hadir pro­siding kes atas dakwaan tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selama lima tahun berturut-turut.

Majistret P. Sarulatha mengeluarkan waran tangkap ke atas Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, selepas membenarkan permohonan peguam LHDN, Nurul sheeda Mohd. Yahaya.

Saman telah diserahkan kepada Nelydia pada 11 April lalu namun tertuduh atau mana-mana wakilnya gagal menghadiri sesi sebutan kes yang berlangsung pada 12 April lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Nelydia berhadapan dengan lima pertuduhan kerana gagal mengemukakan Borang B bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 31