NEGARA

Adam Rosly didakwa di mahkamah

Adam Rosly didakwa di mahkamah


ADAM ROSLY (tengah) diiringi anggota SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.


KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah, 30, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas enam pertuduhan memberi pernya­taan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi pernya­taan palsu kepada dua Pegawai Penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembia­yaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pernyataan itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, sumber pendapatan serta rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu, Ampang yang dibeli secara tunai.

Pembelian rumah banglo itu dibuat menerusi pinjaman wang daripada dua ah long, pemberian keluarga, hasil jualan kereta dan hasil perniagaan.

Bagi pertuduhan ketiga hingga keenam, tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu serta dua baucar tunai daripada syarikatnya Gegas Mentari Holding Sdn. Bhd. dengan niat untuk memperdaya Pegawai Penyiasat SPRM. 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31