NEGARA

Pelbagai acara bersejarah diadakan

Pelbagai acara bersejarah diadakan


SULTAN MUHAMMAD V akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada majlis penuh istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 24 April ini.


KUALA LUMPUR – Bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan ­Agong ke-15, pelbagai acara dirangka bagi mengiringi peristiwa penting itu.

Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Bahagian Istiadat, Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, acara utama iaitu Istiadat Pertabalan Seri Paduka yang akan berlangsung di Ba­lairung Seri, Istana Negara di sini bermula pukul 9.30 pagi pada 24 April ini.

Menurutnya, istiadat itu dijangka dihadiri 800 tetamu jemputan terma­suk Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri, menteri-menteri Kabinet, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan turut hadir.

“Rakyat boleh berada di tepi-tepi jalan melambai kepada Sultan dan Raja serta Yang Dipertua Negeri yang bergerak ke Istana Negara. Rakyat boleh menjadi sebahagian daripada sejarah kerana kerajaan telah mengisytiharkan 24 April ini sebagai cuti umum.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 3657