NEGARA

Lelaki didakwa bunuh bapa sendiri

Lelaki didakwa bunuh bapa sendiri


AMIRUL AMIN (dua dari kiri) diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya sendiri pada 14 April lalu.


KANGAR – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya sendiri di rumahnya di Padang Besar dekat sini minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Amirul Amin Amran, 24, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azhar Hamzah.

Mengikut pertuduhan pertama, Amirul Amin didakwa membunuh Amran Arif­fin (gambar kecil), 53, di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 4 1/2 Jalan Padang Melangit, Padang Besar antara pukul 7.20 pagi hingga 7.30 pagi, 14 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 47