NEGARA

Lapor berita atas dasar kebenaran

Lapor berita atas dasar kebenaran


NAJIB (tengah) bersama Rosmah bergambar dengan pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2016 pada Malam Wartawan Malaysia 2017 di Kuala Lumpur malam tadi. Hadir sama Salleh (belakang, empat dari kiri) dan Chamil (sembilan dari kanan).


KUALA LUMPUR – Pengamal media di negara ini disaran agar membantu kerajaan dengan menyiarkan berita sahih bagi melawan tohmahan liar demi memelihara ke­pentingan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan wartawan tidak perlu untuk menyatakan persetujuan kepada kerajaan pada setiap masa namun berita perlu dibuat atas dasar kebenaran.

“Saya dengan rendah diri mengakui era kerajaan tahu semua perkara telah berakhir dan saya juga mengakui kerajaan mempunyai kelemahan di sana sini,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2017 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2016 di sini malam tadi.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya serta ketua-ketua pengarang agensi berita utama di negara ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Pengalaman indah belai, manjakan gajah

Dua ekor anak gajah ini melakonkan semula kejadian sebenar ibunya mati sebelum kedua-duanya ditangkap oleh Perhilitan dan ditempatkan di KECV.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 31