NEGARA

Kebajikan pekerja diutamakan

Kebajikan pekerja diutamakan


NAJIB (tengah) melihat pesakit, Mohamad Nor Idzhar Mohd. Shahrir (kiri) menggunakan mesin Lokomat Pro untuk melakukan fisioterapi selepas merasmikan PRPTAR di Ayer Keroh semalam.


MELAKA – Kewujudan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Tun Abdul Razak (PRPTAR) di Ayer Keroh di sini membuktikan kerajaan komited menjaga kebajikan pekerja di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PRPTAR merupakan satu-satunya pusat rehabilitasi paling unggul di rantau Asia Tenggara dan terbaik di dunia dalam menawarkan per­khidmatan pemulihan kepada pekerja dan pencarum Perkeso yang ditimpa bencana.

Menurutnya, pembinaan pusat tersebut yang menelan kos sebanyak RM238 juta itu juga membuktikan bahawa dakwaan Malaysia bankrap adalah tidak benar sama sekali.

“Ini merupakan usaha (kerajaan) bagi memastikan seseorang yang cedera sama ada pada waktu bekerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja masih ada harapan untuk kembali meneruskan pekerjaan,” katanya ketika berucap merasmikan PRPTAR di Bandar Hijau, Ayer Keroh di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31