NEGARA

Geng 24 buat kacau depan sekolah

Geng 24 buat kacau depan sekolah


KERATAN video menunjukkan seorang lelaki membakar mercun manakala sekumpulan pelajar memegang sepanduk tertera angka 24 di depan pintu masuk SMK Sri Andalas, Klang kelmarin.


SHAH ALAM – Tindakan sekumpulan individu termasuk pelajar sekolah yang bertindak liar melakukan pesta meraikan kumpulan kongsi gelap Geng 24 di luar kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, Klang di sini membawa padah apabila 18 daripada­nya ditahan kelmarin.

Kesemua suspek berusia 16 hingga 25 tahun itu ditahan sekitar Klang menerusi Ops Cantas oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Mereka melibatkan 12 pelajar dari SMK Sri Andalas, SMK Raja Mahadi, SMK Shahbandaraya dan SMK Kampung Jawa selain seorang pelajar kolej.

Sementara itu, lima lagi suspek merupakan mekanik dan pengawal keselamatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati pesta tersebut dilakukan kira-kira pukul 2 petang sebaik habis waktu persekolahan.

Katanya, antara huru-hara yang dilakukan kumpulan itu termasuk acara memotong kek yang tertera nama SMK Sri Andalas Geng 24 Apache, membakar mercun dan memegang sepanduk mengan­dungi tulisan angka 24.

Pesta berkenaan telah menjadi viral dengan penyebaran dua video yang masing-masing berdurasi 45 saat dan 24 saat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31