DUNIA

AS mahu tangkap pengasas <i>WikiLeaks</i>

AS mahu tangkap pengasas WikiLeaks



WASHINGTON – Penahanan pengasas WikiLeaks, Julian Assange kini menjadi keutamaan kepada Amerika Syarikat, kata Peguam Negara, Jeff Sessions kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa pejabat Peguam Negara bersiap sedia mengenakan dakwaan terhadap Assange kerana membocorkan rahsia sensitif kerajaan.

“Kami akan meningkatkan usaha kami dan telah mengesan kesemua kebocoran maklumat itu,” kata Sessions pada sidang akhbar.

Ketua Jabatan Keadilan itu berkata, kebocoran rahsia sensitif kerajaan belum pernah berlaku sebelum ini.

“Ini satu perkara luar jangkaan saya. Kami memiliki golongan profesional berkecimpung dalam bidang perniagaan keselamatan AS sejak beberapa tahun lalu, namun dikejutkan dengan sejumlah kebocoran maklumat dan sebahagiannya amat serius.

“Setiap kali kes dikemukakan, kami akan memastikan mereka dipenjara,” katanya.

Beberapa pendakwa raya dikatakan merangka satu memo untuk mengenakan dakwaan ke atas Assange termasuk kakitangan WiliLeaks yang mungkin terlibat dalam konspirasi mencuri harta benda kerajaan dan melanggar Akta Perisikan, lapor akhbar Washington Post.

Beberapa media tempatan lain turut memetik kenyataan pegawai AS sebagai berkata, pihak berkuasa AS sedang bersiap sedia untuk mengenakan dakwaan ke atas Assange.

Assange, 45, masih berlindung di Kedutaan Ecuador di London sejak tahun 2012 untuk mengelak daripada diekstradisi ke Sweden di mana dia berdepan dakwaan rogol.

Dia juga bimbang Sweden akan mengekstradisinya ke AS untuk berdepan tuduhan membocorkan maklumat rahsia Washington. – AFP

Rencana Utama!»

Pembunuhan rakyat Syria beramai-ramai

ORANG awam yang disyaki terkena gas sarin di Khan Sheikhoun, Idlib, Syria bergelimpangan di atas tanah.

Varia!»

Polis Shah Alam dekati pelajar Taufiq Islami

Pelajar-pelajar Institut Taufiq Islami teruja dan seronok dapat beramah mesra dengan Shafien (kanan).

Process time in ms: 31